-->
"ThisIsHazwani."

Tuesday, 12 November 2013

.

Allah, sesungguhnya aku sedang diuji.

Sungguhpun ujian ini hanya sekelumit, aku sangat lemah.

Bimbing aku kembali kepadaMu, ya Rabb.

Sedarkan aku.

Bahawa Engkau, sentiasa ada.

Aku manusia yang sentiasa terleka dengan arus dunia.

Sedarkan aku ya Rabb, Engkau sangat dekat dengan para hamba.

Engkau sentiasa ada.

Sentiasa.
the humble typo : ~hazwani~ at 21:37:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 23 September 2012

virtual taklim #2

bismillah. assalamualaikum. okey, let's start with the 2nd taklim today.

kalimah tayyibah.
dari Jabir bin Abdullah ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - HR Tarmizi

*keterangan : kalimah tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. tanpa kalimah ini, keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. dan doa ialah satu permintaan kepada Allah SWT. (Mazahir Haq)

solat khusyuk dan khudu'.
dari Kaab bin Ujrah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Setiap kali selesai sembahyang, sesiapa yang membacakan kalimat ini tidak akan pernah kecewa; kalimat itu ialah 'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahuakbar' 34 kali." - HR Muslim

ilmu dan zikir.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :  "Aku akan sentiasa bersama hambaKu selagi mana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu." - HR Ibnu Majah

ikramul muslimin.
dari Muhammad bin Amr bin Hazm ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban." - HR Ibnu Majah

ikhlas niat.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan." sahabat r.hum bertanya : "Apakah Jubbul-Hazan itu?" Nabi SAW bersabda : "Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak 100 kali setiap hari." Rasulullah SAW ditanya : "Siapakah yang akan memasukinya?" Nabi SAW bersabda : "Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk." - HR Tirmizi

dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam sembahyang sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya." - HR Ibn Hiban

read, spread and share. time for Asr prayer. assalamualaikum. :)
the humble typo : ~hazwani~ at 16:29:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 21 September 2012

virtual taklim #1

bismillah.
ruangan ini kadangkala perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat, bukan hanya penuh dengan cerita kosong.
untuk pertama kalinya.

kalimah tayyibah.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya." - HR Bukhari

solat khusyuk dan khudu'.
dari Jabir ra berkata, "Telah berkata seorang lelaki kepada Nabi SAW ; Sesungguhnya seorang (pada waktu malam) bersembahyang, tetapi pada waktu paginya dia mencuri. Nabi SAW bersabda : "Tidak lama lagi sembahyangnya akan menegahnya daripada perbuatan buruk itu." - HR Al Bazzar, Majmaa az Zawaaid

ilmu dan zikir.
dari Abu Musa Al - Ash'ari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Kalaulah seorang berharta dan membahagi-bahagikan hartanya dan seorang lagi sibuk berzikir kepada Allah, orang yang berzikrullah adalah lebih afdhal." - HR Tabrani, Majmaa az Zawaaid

ikramul muslimin.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara Muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata : "Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga."" - HR Tirmizi

ikhlas niat.
dari Abu Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah." - HR Bukhari

dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : "Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada Lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad." - HR Ibn Hibban

*sumber dipetik daripada buku Muntakhab Ahadith

setakat ini perkongsian ilmu untuk harini. do read, apply and share with the others. assalamualaikum :)
the humble typo : ~hazwani~ at 23:28:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ▼  2013 (1)
    • ▼  Nov (1)
      • .
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ►  2011 (49)
    • ►  Dec (14)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.