bismillah. assalamualaikum. okey, let's start with the 2nd taklim today.
kalimah tayyibah.
dari Jabir bin Abdullah ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - HR Tarmizi
*keterangan : kalimah tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. tanpa kalimah ini, keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. dan doa ialah satu permintaan kepada Allah SWT. (Mazahir Haq)
solat khusyuk dan khudu'.
dari Kaab bin Ujrah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Setiap kali selesai sembahyang, sesiapa yang membacakan kalimat ini tidak akan pernah kecewa; kalimat itu ialah 'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahuakbar' 34 kali." - HR Muslim
ilmu dan zikir.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Aku akan sentiasa bersama hambaKu selagi mana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu." - HR Ibnu Majah
ikramul muslimin.
dari Muhammad bin Amr bin Hazm ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban." - HR Ibnu Majah
ikhlas niat.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan." sahabat r.hum bertanya : "Apakah Jubbul-Hazan itu?" Nabi SAW bersabda : "Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak 100 kali setiap hari." Rasulullah SAW ditanya : "Siapakah yang akan memasukinya?" Nabi SAW bersabda : "Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk." - HR Tirmizi
dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam sembahyang sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya." - HR Ibn Hiban
read, spread and share. time for Asr prayer. assalamualaikum. :)