Assalamualaikum readers. May peace be upon you. Wah, agak2 berapa lama sy dah tak update blog ni?? Hehe...maaf, i'm getting a little bit busy right now...semalam, sy dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa keputusan calon yang layak ditemuduga bagi permohonan biasiswa YTN telah diumumkan...sy check, rupa-rupanya sy tidak disenaraikan...tak mengapa, mungkin bukan rezeki sy di Uniten kan? happy selalu :)
Okay, untuk topik hari ini, apa yg ingin sy ketengahkan?? Hmm mungkin ada segelintir yg tahu mengenai seorang hamba ini, yang sedang hangat di laman sosial Facebook. Sy pun baru tahu pasal beliau ini melalui satu wall post yang dihantar oleh salah seorang rakan (tak payah tahu pun tak apa) yang pentingnya, siapa hamba tersebut?
Dia adalah Jasmine Slalu Hepi.
Apabila sy klik untuk melihat wall beliau, alangkah terkejutnya sy bila terbaca segala statement beliau yang menghina agama Islam secara TERBUKA. Astaghfirullah...segala ayat2 yang ditulis beliau jelas sekali mempertikai ajaran Nabi Muhammad SAW. Lebih-lebih lagi, bahasa yang digunakan sangat tidak sopan. Kata-kata kesat umpama memaki agama Allah ini. Yang itu satu hal, tambah sedih lagi, sy tengok orang Islam yang komen pada wall post beliau dengan cara memaki hamun kembali dengan kata-kata kesat. Apa lagi, semakin hangatlah ruangan komentar itu dek serbuan ribuan pembaca yang tak puas hati.
What I'm going to say is, niat kita baik nak mempertahankan agama Islam, tetapi itu bukan caranya. Islam tak ajar kita guna bahasa-bahasa kesat, tambahan memaki hamun orang lain secara kasar. There're some people who prayed untuk kecelakaan beliau. This one, I'm not so sure whether it's right or wrong. The point is, we REALLY NEED SOMEBODY yang mahir pasal ilmu agama, yang boleh menyampaikan dakwah dan nasihat secara lembut, supaya Cik Jasmine Slalu Hepi ni lembut hati dan terbuka untuk menerima ajaran Islam.
Malangnya, masih adakah insan sebegitu di dunia ini? Ada tu ada...cuma sedikit saja, kan? :( Apa yang terbaik sekarang, kita doakanlah supaya mulut berbisa Cik Jasmine ini tertutup atau tertapis sedikit daripada terus menghina agama lain. I wonder, beliau tidak takut langsungkah pada azab yang diturunkan? Nauzubillah...minta2 dibukakan hatinya supaya insaf, or else, diturunkan bala yang maha dahsyat oleh Allah.
Cik Jasmine, insaflah. Layakkah anda digelar "manusia" dengan segala penghinaan yang anda lemparkan itu?
...and for sesiapa yang tak tahu, Cik Jasmine ini mempunyai lebih daripada 3 akaun di Facebook. satu akaun dipercayai menghina agama Islam, satu akaun lagi menghina agama Kristian, dan yang sy paling pelik....SATU AKAUN LAGI MENGAKUI DIRINYA SUDAH BERTAUBAT. siap boleh lafaz kalimah syahadah lagi. adakah ini benar, atau hanya propaganda?? Atau mungkin ada pihak lain yang cuba menggunakan nama Cik Jasmine ini hanya untuk mengelirukan manusia di sekeliling? So nasihat untuk kita semua, segala fitnah yang dilemparkan oleh beliau, jangan percaya. Sama-sama kita doakan agar diri kita terhindar daripada segala kata-kata dusta itu. Amin.
Assalamualaikum. May peace be upon you :) Happy!