blok Pangsapuri Satria, bilik 11-05, anggota seramai enam orang pegawai kadet; empat airforce dan dua army. lima anggota kompeni Delta, seorang kompeni Charlie. keempat empat airforce jurusan Kejuruteraan, dua army jurusan Sains dan Teknologi.
welcome to 11-05 :)
first, kita usya loker pakaian dulu...
okey pengakuan, this is not mine. ni habibah punya loker. loker aku share dengan sorang member lagi, antasha. sepatutnya macam ni lah keadaan loker baju bila tinggalkan bilik. ada layout yang dah ditetapkan. layout, apatu? haa. layout ni lebih kurang susunan baju lah, baju apa yang kena gantung, baju apa yang kena lipat, mana boleh gantung sembarangan loker ni..kalau tak, kena punishment la..
baju kena lipat ukuran 8X10 inci.
baju kena gantung mesti dah siap iron, bahagian hadapan baju menghadap sebelah kanan..
ni barisan loker yang memang perfect tak bleh belah la. hehe.
loker aku paling hujunggg...hehe.
anyway, ruang atas loker tu boleh simpan beg beg balik kampung..tak payah ikut susunan, janji kemas :)
jom bergerak ke rak kasut pulak...jeng jeng jeng...
okayy ni berselerak sikit! hehe dengan plastik plastik atas tu (untuk buang sampah), pastu nampak tak kotak yang ada kain batik tu? hahaa itu kotak simpan kiwi kasut, kain batik tu untuk lapik time kilat kasut atas lantai..dan ni la susunan kasut ikut aras..selipar atas, kasut sukan, lepastu kasut planters (casual). dan almari ni kalau letak kasut sukan yang basah memang boleh pengsan la kalau ambik bau..hehe. so, pandai pandai lah letak freshener..
seterusnya, part paling best, KATIL!!
ni katil aku. huhu.
mandatori, katil wajib stretch sampai melantun duit syiling toing toing, tak boleh ada tompok tompok air liur basi atau lain lain lagi. dan! mesti wajib cadar warna biru. huuu mana boleh pakai yang ada corak bunga bunga kartun kartun. haih. askar oh askar.
dan oh, perasan tak kat bawah tu? jom zoom in..
tengah tu drill boots, dipakai semasa kawad.
tepi yang apit drill tu spike boots, pakai dengan baju loreng dan bila masuk hutan.
dua dua jenis boots wajib shine. tapi aku selalu abaikan ja..huhu :)
ni barisan katil bebudak 11-05. tak ada special cube atau space atau corner, semua satu baris. katil aku keempat dari hadapan. haha nampak tak lurus kan susunan? normal lah tu..
ini meja study aku. wah bersih kan. waktu pagi wajib macam ni. buku takbleh tinggal atas meja, semua taruk atas rak. dan tengoklah atas tu..boleh runtuh bila bila masa. opp, ni sebab aku share rak dengan member aku, syafiqah ea..nak cakap aku ni ulat buku takdalah sangat, bahan rujukan kadang kadang kena banyak...hehe.
oh, takpayah susah susah beli lampu study, dah pasang siap dah, alhamdulillah..
dan suis disediakan untuk cas handphone atau laptop..
laci meja tu aku buat simpan barang mekap aku. haha bedak lotion sikat deodorant segala macam lah. malas nak buka tunjuk sebab nampak messy.
barisan meja study. again, sebaris. empat meja, so kena kongsi dua meja..sharing is caring kan :)
bilik mandi dan bilik dobi pun ada, tapi aku malas nak tunjuk dan rasanya takpayah tengok kot. ehh bersih okey, lantai kering, sinki kosong takda toiletteries, toilet bowl shine macam dalam iklan harpic..hehe. bilik dobi tu faham faham lah, penuh dengan baju baju di ampaian yang digantung dengan hanger..
as conclusion, this is my recent environment. hidup macam tak ceria ja kan, semua plain je. tapi aku tak kisah, asalkan itu perkara yang baik. bersih, kemas dan teratur. kan cara islam tu :) dan alhamdulillah aku bersyukur dapat room mates yang pandai jaga kebersihan dan rajin mengemas. sedikit sebanyak effect aku jadi macam diorang jugak..
...ada yang teringin nak jadikan bilik ni contoh? hehe boleh saja..
peace and love from the 11-05 peeps,
bilik kami perform! hehe. ni masa Standby Bed. rindu nak pakai loreng.
With that, assalamualaikum. time to dress up for dinner and maghrib prayer.