-->
"ThisIsHazwani."

Thursday, 1 December 2011

pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*

Nurhazwani Hikmah binti Harme
hargailah nama yang diberi mak dan abah
tahukah kau betapa mendalamnya maksud nama itu?
cahaya. pemberianku. bijaksana.
hazwani, it's my commonly used name.

hazwani. "my gift".
bila diseru namaku "hazwani!"
maksudnya mereka mengatakan "my gift!".
bersyukurlah sang hati
dirimu merupakan hadiah buat mereka.
oleh itu mengertilah di sebalik namamu
tatkala kau menceriakan hari seseorang,
pabila kau meringankan beban seseorang,
dan di kala kau melakukan seribu satu jenis kebaikan kepada sesorang,
kau adalah hadiah yang paling istimewa buat mereka.
meskipun mereka tidak menyedari.

tak perlu risau ya hazwani,
jika dirimu sentiasa keseorangan
ingatlah Yang Esa sentiasa ada.
menemanimu setia sepanjang masa.
titiskan airmatamu tanpa segan silu hanya kepadaNya
tatkala terasa sunyi
zikir, selawat dan Al-Quran jadikan penyeri
sesungguhnya itulah cinta yang paling suci

jangan bersedih ya hazwani
pabila merasakan diri tiada tempat meluahkan isi hati
bersabarlah
Allah tahu segala perihal peribadi.

di sebalik namamu terselit perkataan "hikmah"
(aku lebih suka orang panggil aku hikmah)
berbanggalah
kerana namamu merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah
salah satu perkataan yang banyak disebut dalam kitab suci
fahamilah
nama itu ibarat harapan yang masih bersisa
di kala dirimu ditimpa dugaan
nama itulah yang menjadi benteng semangatmu
dan juga untuk memujuk sahabatmu
ayat lazim diungkapi, "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku."

sebagai empunya nama itu, ya hikmah,
kau harus lebih kuat berbanding mereka
buktikan bahawa kau seorang wanita yang teguh hatinya
lemah lembut budi bicaranya
sabar sifatnya
tenang jiwanya
dan berdikari senantiasa.

tak perlu menangis hazwani hikmah
jika hatimu disakiti seseorang
sebaliknya senyumlah
sembunyikan segalanya
maafkan kesilapan mereka.
itulah hikmah berlapang dada.

tak perlu berharap pada yang tak sudi
ikhlaskan hatimu di dalam persahabatan
tak perlu mengharap balasan kebaikan
kerana Allah awal awal lagi dah janjikan ganjaran

terselit makna "mutiara" dalam namamu Wani
oleh itu contohilah
sebutir mutiara yang terhasil di dasar lautan
diambil manusia begitu sahaja
namun sedarlah
mutiara yang putih suci itu tersangat berharga dan bernilai
maka jadilah sepertinya.

la tahzan, ya hazwani. Allah really cares.



the humble typo : ~hazwani~ at 01:24:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

  1. Unknown20 April 2016 at 12:52

    My name Hazwani too. Hihi. Hai Hazwani! My gift! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Unknown20 April 2016 at 12:53

    My name Hazwani too. Hihi. Hai Hazwani! My gift! :)

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ▼  Dec (14)
      • ROOM TOUR. (hehe nak jugak)
      • for abah. dan mak jugak.
      • be strong, la tahzan, kawan.
      • yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.
      • okay, this supposed to be short, but...just read it.
      • comel lagu ni. :)
      • jom rileks sekejap.
      • domo-kun oh domo-kun..
      • nasihat untuk diri sendiri.
      • ya ikhwana.
      • satu dalam sejuta.
      • it's fun to remember my previous job.
      • pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*
      • sorry.
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.