-->
"ThisIsHazwani."

Friday, 30 December 2011

for abah. dan mak jugak.

Assalamualaikum buddies yang comel :)
Seperti biasa, menjadi kewajipan aku log in akaun facebook setiap kali online untuk mengetahui berita terkini kawan kawan aku tak kira masa sekolah rendah, sekolah menengah, mahupun UPNM.
Ya Allah, apalah jampi si Mark Zuckerberg ni sampai facebook jadi laris, aku pun dah obses on facebook tiap tiap hari.
Moga dijauhkan diri ini daripada perkara yang sia sia. Amin.

...dan malam ni aku on, terlihat dan terbaca status yang di'post'kan oleh sahabat aku sendiri.
sayu hati aku bila baca tulisan dia.
katanya, dia rindu sangat kat arwah ayahnya.
rindu nak berjumpa arwah ayahnya.
mengharap mereka berdua boleh bertemu di dalam mimpi.

dan itu membuatkan aku berhenti dan berfikir sejenak
betapa bertuahnya aku yang masih memiliki seorang abah.
tapi sayang
selama ni aku tak pernah rasa bersyukur dengan kurniaan Allah.
aku banyak buat salah kat abah
aku banyak susahkan abah
sedangkan ramai kawan kawan aku yang telah kehilangan ayah
mereka anak yatim yang mulia
yang dipelihara Allah sentiasa
mereka boleh hidup berdikari
sayangnya, selama ni aku tak pernah sedar
nikmat kesenangan yang Allah bagi kat aku.

abah,
adik pun rindu abah
abah selalu tolong adik macam macam
abah suka buat kelakar, walaupun kadang kadang hambar, hehe
abah selalu belikan adik makanan yan
g best best
abah ajar adik melukis sampai ada orang puji lukisan adik lawa
abah tetap akan cuba cari keperluan adik sampai dapat
abah,
mak cakap mata sepet adik ikut mata abah
dekat sini orang selalu cakap mata adik sepet bila senyum
bila orang cakap macam tu, adik terus teringat kat abah.

adik minta maaf abah
kalau selama adik hidup ni
adik terkasar bahasa dengan abah sampai abah ke
cil hati.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin
Ya Allah berjuta kesyukuran kupanjatkan kepadaMu
kerana aku masih diberi kesempatan merasa kasih sayang ibu bapa
berpeluang mencurah bakti kepada mereka
berpeluang meminta restu dan doa mereka
berpeluang memohon maaf andai diri ini menderhaka.

Ya Rahman
tabahkan hati sahabatku yang kurang bernasib baik sepertiku
tiupkan semangat dalam diri mereka
jadikan mereka anak yang soleh dan solehah
yang sentiasa mendoakan kesejahteraan roh bapa mereka di
sana.
lindungi, kasihi mereka Ya Rahim
kerana hanya padaMu tempat mereka bernaung

ShahidaAhmad, AidaZuraini, HasanulBulkiah,
dan mungkin ada lagi sahabat yang aku tak sebutkan di sini
la tahzan, Allah is always with you.
He is The One who protects you guys.
korang semua sangat kuat dan tabah.
aku kagum dengan semangat korang.
semoga aku turut diberi kekuatan yang sama, insyaAllah
andai takdir menentukan tiba masanya.


mak, abah, imissyou :'(

"Ya Allah Ya Tuhan, ampunkan dosa dosa kedua ibu bapa yang menjaga kami dari kecil hingga dewasa."

sayangi kedua ibu bapa kita, jaga hubungan baik dengan mereka.
Assalamualaikum.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:07:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ▼  Dec (14)
      • ROOM TOUR. (hehe nak jugak)
      • for abah. dan mak jugak.
      • be strong, la tahzan, kawan.
      • yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.
      • okay, this supposed to be short, but...just read it.
      • comel lagu ni. :)
      • jom rileks sekejap.
      • domo-kun oh domo-kun..
      • nasihat untuk diri sendiri.
      • ya ikhwana.
      • satu dalam sejuta.
      • it's fun to remember my previous job.
      • pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*
      • sorry.
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.