-->
"ThisIsHazwani."

Tuesday, 27 December 2011

yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.

Bismillah. Assalamualaikum kepada si kacak dan si jelita yang sedang membaca entry ni..hehe. entry kali ni tak panjang, ringkas je.

Tahniah, kakakku Nurhizam Hanim Harme,
di atas kelahiran cahaya mata kedua
Fajra Nada Nadifa binti Khairul Aswat.


kangshu with the baby. :)

sorry fajra, mak uda tak sempat nak pegi tengok and dukung fajra...hadiah pun tak prepare :( nanti cuti mak uda pegi ea? comel fajra ni, macam mak uda dia jugak. hehe peace :)

Takziah, sahabatku Nur Antasha Zulkarnain,
di atas pemergian atuk tersayang
Mohd. Yasin bin Salim


*gambar sekadar hiasan*

bersabarlah dengan dugaan yang menimpa, sesungguhnya Allah sedang menguji dan mengingatkan
bahawa ajal kita pula akan menyusul.
tanya diri kita, bersediakah kita menerima jemputan Izrail?
renung-renungkan.

...daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah.

lagu nasyid ni banyak bagi pengajaran kat aku. mula mula aku dengar memang aku nangis.

Menanti Di Barzakh by FarEast
ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata.

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
diperhitung amalan, penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu, seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku, nisan batu menjadi tugu
namun tak siapapun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali, kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari, nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selam ini diceritakan, kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

sesuai untuk didengari pada waktu malam, sebelum tidur, sebagai muhasabah diri.

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata. :'(

Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 09:00:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ▼  Dec (14)
      • ROOM TOUR. (hehe nak jugak)
      • for abah. dan mak jugak.
      • be strong, la tahzan, kawan.
      • yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.
      • okay, this supposed to be short, but...just read it.
      • comel lagu ni. :)
      • jom rileks sekejap.
      • domo-kun oh domo-kun..
      • nasihat untuk diri sendiri.
      • ya ikhwana.
      • satu dalam sejuta.
      • it's fun to remember my previous job.
      • pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*
      • sorry.
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.