-->
"ThisIsHazwani."

Saturday, 29 October 2011

untunglaa kalau future husband aku macam ni :)

Assalamualaikum. Okay as usual, this article is grabbed from facebook. So let's read guys! It's kinda interesting.

Saya suka tengok jari runcing awak. Cantik betul. Sampai takut saya nak pegang. Bukan takut patah. Tapi takut nanti jari kita tak boleh tolong antara satu sama lain. Di satu hari yang dahsyat depan yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut awak. Lurus macam teknik rebonding. Sebab tu saya belikan tudung. Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak. Tapi takut nanti kena bakar api neraka.
Saya suka tengok body awak. Mantap giler. Sebab tu saya belikan awak jubah dan telekung. Supaya masa awak berjumpa dengan Kekasih awak Yang Utama nanti, awak lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala.

Saya risau tengok awak tak tidur, tak makan sebab rindu kat saya. Saya pun macam tu jugak. Awak tanya apa ubatnya? Saya pun bagi awak
Al-Quran sebagai penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya dari saya.

Saya sedih tengok awak. Selalu pesan macam-macam kat saya. "Makan, minum, drive elok-elok tau. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla". Tapi bila keluar dating sama-sama,
terlalu asyik hingga tertinggal Zohor. Awak langsung tak kata apa satu pun. Berdosanya saya.

Kesimpulannya, saya memang sayangkan awak. Nak setia pada awak. Tapi, saya dah
tak sanggup nak tanggung dosa kalau kita terus ber'couple'. Saya nak kahwin dengan awak cepat-cepat. Nak hidup bahagia bersama di dunia dan akhirat terutamanya.

Semoga kita
saling mengingati dan menginsafi diri kita. Dosa saya sendiri pun bertimbun. Nak tanggung dosa awak lagi lepas ni. Ya Allah, ampunkanlah dosa kami. Jauhilah kami daripada perkara-perkara mungkar dan keji. Engkau pertemukanlah jodoh kami agar hubungan ini halal dan mendapat keredhaan dari-Mu Ya Allah..
...it's good to have a soulmate like this. but, does this kind of man still exist? Wallahu'alam. i only have to pray for the best, insyaAllah God's will, i'll have one. :) Amin.
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (fahisyah) dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Isra’: 32).


the humble typo : ~hazwani~ at 18:20:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 28 October 2011

Five Hours of Freedom.

Assalamualaikum peeps. Seems like i didn't update this site for a long time, huh? Well today, i'm going to blabber about what i did and where i went on past weekend. It was 23rd of october, Sunday of course, and at last after being jailed for a month and a half, we got our day off. yayy.

Everybody had their own plans ; hanging out at the shopping mall, movies, bowling, back home, overnight and so on. Me, i planned to go to Pak Long's house at Kajang, due to my cousin's wedding...here's the pic that i snapped :

the bride is my cousin..

I went outta Sg Besi camp at 1100H (it's way too late because my sis ruined everything, haha) and arrived safely about 1130H. woih penat la speaking. so bila sampai tu aku terus naik atas masuk bilik, salin baju dan get some refreshments. then i went down, makan nasik laa apa lagi..lapaq kot! Alhamdulillah the meal is delicious :) bukan kisah benda lain, akal tau nak makan ja..sampai pe
ngantin dah berarak pun kami tak perasan..

it was fun, my siblings and i were having ice creams after lunch. huuu dah lama tak melantak eskrem wey..batuk batuk pun aku tibai ja, janji puas :) mueheheheh...

let the pictures do the talk lah :


the weirdo. boo.


sapa bakal duduk sebelah aku nanti wey? haha. berangan la wanie. boo lagi sekali.



like uncle, like niece. pak long :)


remembering the old times when i was still a kid :( dulu dulu tok selalu belanja, nasib baik wedding ni aiskerim free :)

for cousin and husband, may happiness be yours forever. BarakaAllah.
(bila pulak wanie nak kawin ar? boo. haha gatai.)


i went back NDUM at 1750H. nasib baik tak lewat. boo outing lima jam saja. tak puas tak puas tak puas. shopping kat giant beli barang sikit ja. nasib baik giant dekat dengan rumah paklong, jalan kaki saja pi :)

that's all i guess? so goodbye lah. have a happy day! Assalamualaikum.


the humble typo : ~hazwani~ at 08:10:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 22 October 2011

the beauty of a man + the toughness of a woman = ?

Assalamualaikum. yet, another article that i grabbed from somewhere on the internet. sharing is caring :) let's read :

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah :-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah :-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab:Ayat 71 "
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

*maka nikmat Allah yang mana satukah yang kau ingin dustakan? -surah Ar-Rahman

renung-renungkan dan selamat beramal. :)


the humble typo : ~hazwani~ at 17:23:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 20 October 2011

cukuplah aku mencintai dia dalam diam.

Assalamualaikum earthlings. Another entry that I grabbed from my friend on facebook. Just to share with you.

Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,

beritahulah Allah.

Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."

(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk."

(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,

namun kau tahu cintamu tak terbalas

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya

bukan kerana menghindari dunia

tetapi meraih syurga-NYA

bukan kerana lemah untuk menghadapinya

tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan

kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,

kelak ada insan yang bakal dilukai,

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,

nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,

kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan

mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."

(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.

Not even the slightest bit.

You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.

Just hold her in your heart for a few more years ..

then you can do it the halal way

comel kan love story macam ni? so sweet :)

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)

InsyaAllah, rasa macam nak apply cara macam ni :) baru terasa kemanisan berkasih sayang kan? hahaa angau lah wanie. sapa yang nak kat hang weyy =.="

*dihatiinihanyaTuhanyangtahu..

the humble typo : ~hazwani~ at 01:33:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 19 October 2011

Tak payah risau..

Assalamualaikum everyone. Okay I am currently getting busy with so much stuffs to settle, so I have less time to spend on this blog. Sorry peeps :( Plus I have no idea on anything to be written down here, my day is just the same. I had gone through one of my friends' facebook wall and read an article. It's quite interesting though and I would like to share it here.

USAH RISAU JIKA BELUM BERPUNYA..~

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.


"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".


Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."

Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal & haram. Yang penting, dapat.


Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menangih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.


Oh, remaja!


Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asalnya dibina daripada dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.


Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tidak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.


Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin beri ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi.


Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lebih penting daripada apa yg penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu & sedia.


Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku & banyak cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!


Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?


Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak & iman.


Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.


Beringatlah, urusan jodoh tidak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam..~


1st Thing 1st:


- Ijazah

- Kerjaya
- Berbakti kepada Ibu Bapa
- Berumah Tangga & REDHA ALLAH..~

well, at least this article made me realised that I don't need to rush for a boyfriend. eleh bukannya ada sapa sapa yang minat hang pun wanie. wakaka. rasanya tak perlu kot buat masa sekarang, cukuplah sekadar berkawan. Allah pasti tahu apa yang terbaik untukmu wanie. chewah ayat bunga bunga :)

That's all for today. Renung renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:39:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 17 October 2011

aku tak cantik pun.

Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

the humble typo : ~hazwani~ at 01:54:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 15 October 2011

*tau tak apa maksudnya*

Assalamualaikum like usual :)

To make a long story short, dah empat bulan aku kat sini macam macam bahasa dan perkataan baru yang aku dengaq. setiap perkataan tu ada istilah yang tersendiri. kadang kadang bila aku balik kampung, mula la terkeluaq sebutan sebutan tersebut sehinggakan family aku tengok pelik kat aku. =.=" almaklumla tak didedahkan sebelum ni, so let's discover what are those *new words*.

LEMAU.
lemau, jika dirujuk kamus dewan edisi keempat, for sure maksudnya masuk angin. macam biskut ataupun keropok yang dah tak best kan, tu kita panggil lemau. berbeza di sini, lemau bermaksud *lembab atau slow*. contohnya macam kalau ada skuad yang lewat turun baris, dapatla status lemau ni...haha.

PERFORM.
perform ni tau tau lah kan, maksudnya *terbaik* ah. ataupun kadang kadang kat kedah orang panggil PULUN. selalunya perform ni dapat kat skuad yang semangat tak ingat dunia la. tak kira la masa baris sukan ka, kawad ka, ataupun akademik...contoh bila sorang kadet dapat 4.oo CGPA untuk sem 1, haa akan kedengaran la ayat "Perghh..zainuddin (bukan nama sebenar) PERFORM!" haha kembang habis la.

SABO.
i'm not sure about this kinda word. tapi aku rasa perkataan asalnya ialah 'sabung'. Sabo ni lebih kurang *tikam belakang* la. bila sorang skuad buat hal atau fumble, maka satu kompeni dia akan dapat punishment. then member2 dia yang lain akan cop dia dengan nama ni. contoh ayat, "Ko sabo ah. Tak pasal pasal kitorang kene squad jump 100 tadi ko tau tak?" haha ayat habis sopan ni.

...aku rasa cukup la 3 perkataan ni. lebih lebih nanti aku kena hack pulak. lagipun yang lebih lebih tu rasanya korang tak payah tau kot. haha okelah aku dah ngantuk. till then, Assalamualaikum :)

*side roll with AB this morning :) peningpeningpening
the humble typo : ~hazwani~ at 23:56:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 2 October 2011

It's OCTOBER!

today is 2nd of october..8 days to go!
oh october..please be awesome!
amin.

i had a good time hanging out with AB eventhough it was not so interesting. we went for dinner, chatting (it's a debate actually) then went for Delta meeting for a while, and as all 'Lekiu's couldn't get upstairs, i went to the convo fest booths. Alone. Boring. Lucky me because after that AB came and we had a warm conversation. haha asal la aku cakap english ni. actually tak la, battle of the band concert tu bising sangat sampai aku terpaksa jerit2 cakap ngan dia.

2200H gerak ke mess untuk roll call. sambungannya, tak payah cerita la. tak best pun.

goodnight. assalamualaikum.
the humble typo : ~hazwani~ at 00:02:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 1 October 2011

Aku + Member Buat Rekod Malaysia Wehh! Sila Jealous.

Assalamualaikum everybody. tuudia excited gila nak cerita pasal hari ni, walaupun takdala best sangat. Tetiba ja rasa nak post entry (almaklumlaa lama tak update.) it's about war dance.

U P N M ! ! ! (HEEEEE...)
bla bla bla KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI ! (up!)
WHO WE ARE ? ? U. P. N. M, HUS
SS!
SIAPA MUSUH KITA ? ? AUMM!
APA ? ? AUMM!
MANA ? ? AUMM!
SIAPA ? ? AUMM! YARGGGHH...
PERWIRA NEGARA, BUNUH BUNUH BUNUH ME
REKAAAA....
HUSS! HUSS! HUSS!
KAMI BUNUH, BUNUH, B
UNUH!
KAUUU AKAN HANCUR. KAUUU AKAN MUSNAH.
KAMI WIRA GAGAH PERKASA,
TAK GENTAR MENGGEGAR, MEMBU
NUH SEMUA
DURJANA DURJANA!
HISSS! HI
SSS!
PANTANG UNDUR TETAP MARA!
MATI LU! MATI LU!
HEEEE~

okey agak over. saja la nak taip mantera mantera war dance ni. kadang kadang viewers tak dengar dengan jelas apa yang kami sebut, so itulaa. tak ada video buat masa sekarang, cuma ada beberapa keping gambar yang aku sempat cilok daripada member aku :


*nampak sangat aku snip* but never mind, those are my room mates :) i was not around that time.

perwira masa hadapan. cewah. muka habis ganas la ni. opps someone is looking at the camera ;)

bestnya hari ni sebab Alhamdulillah, this war dance performance had already make a new record for "The Largest War Dance Performance" in Malaysia Book of Records. It's 1211 of us. haha ramai tak ramai tak ? bestttt dengan ikat kepala la, camo face painting dan sesi bergambar beramai ramai, bersorak menjerit berlari dan bermacam macam lagi. A moment that i'll never forget.

oh, btw. you, readers should be jealous. okay :) haha. ni la bestnya UPNM. kami ada apa yang kalian tak ada, kalian tak ada apa yang kami ada. wuhoo.

oke tu saja untuk hari ini. adios. Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 00:44:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ►  Dec (14)
    • ►  Nov (2)
    • ▼  Oct (9)
      • untunglaa kalau future husband aku macam ni :)
      • Five Hours of Freedom.
      • the beauty of a man + the toughness of a woman = ?
      • cukuplah aku mencintai dia dalam diam.
      • Tak payah risau..
      • aku tak cantik pun.
      • *tau tak apa maksudnya*
      • It's OCTOBER!
      • Aku + Member Buat Rekod Malaysia Wehh! Sila Jealous.
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.