-->
"ThisIsHazwani."

Sunday, 23 September 2012

virtual taklim #2

bismillah. assalamualaikum. okey, let's start with the 2nd taklim today.

kalimah tayyibah.
dari Jabir bin Abdullah ra berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah." - HR Tarmizi

*keterangan : kalimah tayyibah dikatakan sebagai kalimah yang paling afdzal kerana ia adalah asas kepada keseluruhan agama. tanpa kalimah ini, keimanan dan keIslaman seseorang tidak akan diterima dan tertolak. alhamdulillah dikatakan sebaik-baik doa kerana maksud puji-pujian ialah satu permintaan. dan doa ialah satu permintaan kepada Allah SWT. (Mazahir Haq)

solat khusyuk dan khudu'.
dari Kaab bin Ujrah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Setiap kali selesai sembahyang, sesiapa yang membacakan kalimat ini tidak akan pernah kecewa; kalimat itu ialah 'Subhanallah' 33 kali, 'Alhamdulillah' 33 kali, dan 'Allahuakbar' 34 kali." - HR Muslim

ilmu dan zikir.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda :  "Aku akan sentiasa bersama hambaKu selagi mana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu." - HR Ibnu Majah

ikramul muslimin.
dari Muhammad bin Amr bin Hazm ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : "Seorang mukmin yang menggembirakan dan menasihati supaya sabar kepada saudaranya yang mukmin dalam kesusahan, Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan pada hari penghisaban." - HR Ibnu Majah

ikhlas niat.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Hendaklah kamu meminta perlindungan dari Jubbul-Hazan." sahabat r.hum bertanya : "Apakah Jubbul-Hazan itu?" Nabi SAW bersabda : "Ia adalah satu lembah di neraka yang neraka sendiri meminta perlindungan darinya sebanyak 100 kali setiap hari." Rasulullah SAW ditanya : "Siapakah yang akan memasukinya?" Nabi SAW bersabda : "Pembaca-pembaca Al-Quran yang melakukan amalan mereka itu untuk menunjuk-nunjuk." - HR Tirmizi

dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Perumpamaan orang yang keluar berjihad di jalan Allah SWT adalah seperti seseorang yang berpuasa dan membaca Al-Quran di dalam sembahyang sepanjang malam dan dia berterusan sibuk dengan berpuasa dan bersedekah sehingga mujahid di jalan Allah SWT itu pulang ke rumahnya." - HR Ibn Hiban

read, spread and share. time for Asr prayer. assalamualaikum. :)
the humble typo : ~hazwani~ at 16:29:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 21 September 2012

virtual taklim #1

bismillah.
ruangan ini kadangkala perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat, bukan hanya penuh dengan cerita kosong.
untuk pertama kalinya.

kalimah tayyibah.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah Laa ilaaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya." - HR Bukhari

solat khusyuk dan khudu'.
dari Jabir ra berkata, "Telah berkata seorang lelaki kepada Nabi SAW ; Sesungguhnya seorang (pada waktu malam) bersembahyang, tetapi pada waktu paginya dia mencuri. Nabi SAW bersabda : "Tidak lama lagi sembahyangnya akan menegahnya daripada perbuatan buruk itu." - HR Al Bazzar, Majmaa az Zawaaid

ilmu dan zikir.
dari Abu Musa Al - Ash'ari ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : "Kalaulah seorang berharta dan membahagi-bahagikan hartanya dan seorang lagi sibuk berzikir kepada Allah, orang yang berzikrullah adalah lebih afdhal." - HR Tabrani, Majmaa az Zawaaid

ikramul muslimin.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seorang Muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara Muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata : "Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga."" - HR Tirmizi

ikhlas niat.
dari Abu Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah." - HR Bukhari

dakwah dan tabligh.
dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : "Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada Lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad." - HR Ibn Hibban

*sumber dipetik daripada buku Muntakhab Ahadith

setakat ini perkongsian ilmu untuk harini. do read, apply and share with the others. assalamualaikum :)
the humble typo : ~hazwani~ at 23:28:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 19 June 2012

over again.

Bismillah, assalamualaikum and good morning. alhamdulillah, syukur sebab masih lagi diberi pinjaman udara untuk bernafas hari ini. wah, dah lama tak menaip. tangan pun kekok semacam je lambatnya. almaklumlah, busy dengan final. *ceh busy lah sangat, padahal main main je yang lebih* huu.

make it short, about the hijab. again.

sincerely, i'm quite disagree with those who think, or say to people who are intended to wear large hijab (tudung labuh ler) by this irrational statement :

"kau tak payah lah pakai sekarang, nanti orang cakap kau macam terikut ikut orang lain."

masha-Allah. astaghfirullah.

sorry, i'm so sorry to say this but personally, aku tak nampak sebarang sebab yang munasabah kenapa perlu ditangguh tangguh buat perkara yang baik.

"terikut ikut orang lain" ?

apa salah nya kalau ikut, contohi perkara yang baik? teladan kan namanya? kenapa perlu malu? kenapa perlu teragak agak? biar je orang cakap kat belakang kita, yang penting kita tahu apa yang mahmudah, dan apa yang mazmumah.

ya, hati seorang wanita memang banyak menafsir cakap cakap orang. bila masa nak berfikir tu, banyak benda yang dipertimbangkan. kritikal.

aku pun wanita, aku tahu macam mana perasaannya.

semoga Allah lembutkan hati dia, inshaAllah, aku yakin suatu hari nanti dia juga akan berubah. akan bertambah manis mengenakan tudung labuh. lebih manis daripada aku. hihi :D

Aamiin!

*mujahadah melawan nafsu, hasad dengki itu datangnya daripada syaitan, wanie. bersangka baik itu lebih selamat. :)





the humble typo : ~hazwani~ at 11:49:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 28 May 2012

Three in One.

assalamualaikum, oh finally. masyaAllah, lamanya tak update blog humble ni, haha *eleh wanie, like anyone cares, duhh~ okay make it short, i'd love to tell you about what was going on 12th May recently. ujian pengendalian senjata + function reunion ex-deltans + birthday ida! wah memang excited habis ler haritu, walaupun agak kelam kabut dengan preparations.

pagi, kena go through ujian dulu. actually takdelah macam ujian sangat, more to practical and revision on cara cara buka dan pasang balik aug steyr. huwaa tiba tiba teringat time latihan menembak haritu :'( letih, tapi itulah salah satu kenangan yang takkan aku lupa. :) dari pagi hingga ke tengahari, kami berkampung dekat pondok skot tu je...duduk sembang sembang lepak lepak, dan kadang kadang tolong menyibuk masa orang lain tengah buat ujian. haha kadet memang nakal :p sambil sambil tu snap ler dua tiga gambar buat kenangan..*ala biasela ladies memang cepat excited pun, macam aku..

menunggu giliran untuk diuji..meet ida, buddy seangkatan aku, dan pada hari ini, beliau meraikan besdaynya dengan penuh hectic. haha.



tengahari, well alhamdulillah ada jugak lah masa untuk berehat..lepas lunch + solat, sambung lagi ujian..petang, fatigue untuk function pulak..alahai sayangnya aku tak sempat snap gambar kitorang kelam kabut siapkan segala benda. haha seronok, kalau diingat balik. yang ladies siapkan hiasan hiasan meja dan kerusi, guys pulak kerja angkut angkut barang, p.a systems, teknikal. masing masing teruja tunggu malam function. formal lah katakan..semua nak pakai segak segak..haha. dan bila senja, kerja pun dah selesai, makanan semua dah ready..dan dalam keadaan yang kelam kabut lagi, kitorang balik bilik terkocoh kocoh lari tak cukup tanah, nak bersiap siap untuk attend dinner. chewah.

lepas maghrib, seems like everyone dah ready for the night. *macam lah grand sangat, weks haha* dan ida lah orang yang paling bertuah pada malam tu..kitorang buat surprise kat dia, dan dia nampaknya malu malu..haha. hope you had a big great blast, bud. aku tumpang happy tengok hang happy..the dinner was going on fantastically, walaupun preparation rushing, it was a successful event. performance atas stage memang gempak lah, kitorang enjoy. :) makan pun sedap. hehe.

at the end of the event, mestila ada sesi bergambar kan..dah semua pakai cantik cantik segak segak, rugi ar kalau tak pose depan kamera..dan aku turut tidak ketinggalan. haha.

with ida. again.

ida dengan bob. malam tu bob lah yang teman ida makan. ololo haha :)

and last but not least, gambar ni jelah yang aku rasa the best snapshot. captured by ida, thanks kawan! :)

makk tudung takjadi :( anyway takpelah. oh sebelah tu, kawan seperjuangan masa sama sama pegang jawatan koperal dulu. sekarang kitorang dah pencen..haha
bila boleh ada reunion ex-deltans lagi? rindu nak gather dengan korang balik. :( anyway, tak terlalu lewat, aku rasa, untuk aku ucapkan selamat maju jaya buat comrades delta yang dah diserap masuk ke batalion lain. eventhough kita berlainan warna, semangat delta 2011 tetap berapi api dalm jiwa ni..haha chewah. macam selalu kita jerit jerit, once delta, always delta! aku akan selalu rindukan gurauan gelak tawa mental maki hamun korang, time kita kena hell dekat padang dan macam macam lagi lah yang kita dapat. baru aku sedar, every single of them are so meaningful dan mustahil untuk aku dapat alami semula all the moments i shared with you :(

all the best, Lekiu 2011 Deltans. 

night peeps, assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 03:21:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 28 March 2012

"kenape kau asyik sorang sorang?"

27032012, 1445H.
aku dalam perjalanan ke koperasi, menyelesaikan tugas penting, printing.
assignment statistics, ya aku perlu submit sebelum jam 1700H.
sedang aku berjalan, tiba tiba ternampak kelibat yang sangat aku kenal.
namanya mirip namaku. okey, itu satu clue.

dan mungkin telah ditakdirkan, kami berselisih berjalan menuju arah bertentangan.
aku berjalan berseorangan. tiada pendamping.
seperti yang aku sering jangkakan tiap kali bertembung,

"heyy kau ni..kenape laa asyik jalan sorang sorang?"

imbas kembali.
kelmarin. 26032012, kira kira jam 1405H.
aku dalam perjalanan pulang ke bilik setelah selesai fardu Zohor.
seperti selalu, berseorangan.
dan tiba tiba satu kelibat kelihatan keluar daripada perut lif. bertembung empat mata dengannya.

"kau jalan sorang sorang lagi?"

...dan aku pasti, ayat serta keyword yang sama akan dilantunkan berulang ulang kali pada masa akan datang. jika dia lihat aku berjalan sendirian.

hai kawan, caring betul kau pasal aku ya?
kau risau ke aku selalu jalan sorang sorang?
aku memang macam ni. lagi senang sebenarnya walking alone ni..kau takpayah ikut step orang lain, just move with your legs swinging smoothly and freely.
kalau orang lain berjalan slow, kau buka big steps and quickly overtake them.
kalau orang lain berjalan terkocoh kocoh, kau just keep calm and go with the flow. steady bhai, relax..
we have our own opinions and choices. sometimes, never follow the others.

itu menunjukkan aku punya pendirian sendiri.
aku punya prinsip tersendiri.
aku tak harus bergantung harap pada orang lain selalu.
aku punya kesedaran, bahawa seramai manapun kawan yang kita ada dan sering berdamping, suatu hari nanti pasti kita akan tetap menempuh ujian berseorangan. tiada yang membantu.
kita, keseorangan.
so sebab itu, aku belajar survive dari awal. sebagai persediaan.

aku gembira, kawan. pada setiap kali kau ajukan soalan yang sama berulang ulang kali.
menunjukkan kau kisah akan aku.
kau harap akan ada orang yang teman aku berjalan di sisi jalanan.
jangan risau, kawan. Allah itu penemanku yang setia. Dia pelindung, Dia penjaga yang sangat dipercayai.
terima kasih kerana ambil berat perihal peribadiku.
walaupun sedikit, ia sangat bermakna.
aku bertuah memiliki kawan yang caring macam kau. alhamdulillah :)

...untunglah wanie, ade orang caring pasal kau...


the humble typo : ~hazwani~ at 00:20:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 23 March 2012

so they are talking about the hijab.


hijau kuning semangat kedah, hijab hijau semangat Delta!

assalamualaikum friends, readers and stalkers as well. :) no loads of entries recently, huh? actually i was not in the mood of writing that time. getting busy with all stuffs, assignments, preparations again and again.

well, back to malay. nak dikisahkan lah belakangan ni atau dalam masa terdekat ni, kira kira sebulan ni lah, aku perhatikan sendiri berbagai reaksi dan respon kawan kawan dan orang lain terhadap cara pemakaian aku sekarang. ya, maksud aku sekarang. sekarang. ingin ditekankan kat sini bahawa entri ini ditulis bukan bertujuan untuk menyemai rasa riak dalam hati. sekadar perkongsian cerita, moga kita dapat iktibar daripadanya. inshaAllah.

hairan, yang memberi respon itu kebanyakannya daripada kalangan Adam. segan juga rasanya, jika diingat balik.

"...wanie, tudung yang hang beli tu boleh dapat kat mana ar? aku nak carikan untuk mak dengan adik aku..."

"...wanie, kat mane nak cari tudung macam ni? sebab haritu aku perasan ko pakai tudung camni..." (sambil bagi link gambar sampel tudung bidang 60 akel)

"...sejak bile lagi ko start pakai tudung macam ni?"

okey, itu sedikit sebanyak daripada kaum lelaki. perasaan terkejut bercampur hairan apabila Lelaki yang tegar bertanya, hati aku tertanya jugak, "Ladies tak ramai yang tanya soalan macam ni. kenapa ea?" tapi kegembiraan tu tak dapat aku nafikan, sebab alhamdulillah, nawaitu guys tu baik, nak hadiahkan untuk mak dan adik perempuan.. :)

tak kurang, respon daripada rakan satu skuad Delta,

"...wanie, aku rase semue ladies kene pakai tudung macam kau lah. issue kan lah tudung tu, hahah."

okey, gurauan. tapi at least, they really care.

even IC kompeni Bravo pun tegur,

"...apesal ladies lain tak pakai macam kau ha. aku nak kau suruh semue ladies Bravo pakai tudung macam kau."

Allah, siapalah aku ni nak menyuruh nyuruh dan paksa diorang pakai macam aku pakai. tak sampai jangkauan kuasa aku, kawan. maaf. aku hanya mampu tunjuk contoh, selanjutnya biar mata dan hati mereka sendiri yang menilai.

ya aku ulang. bertudung labuh tak semestinya baik. tak semestinya alim. tapi aku sedang mencuba. daripada cara dan adab pemakaian yang elok, lahir pandangan pertama yang positif, inshaAllah.

"...subhanallah, manisnya dia bertudung labuh, menutup aurat. mesti dalam hatinya penuh dengan pengisian islamik kan. semoga Allah melindunginya."

ya. memang cantik bertudung labuh, sahabat muslimahku. bukan aku nak perasan cantik, tapi cuba korang tengok sendiri yang pakai labuh labuh, loose dan tak trendy sangat. comel. fesyen tudung balut balut lilit lilit pun boleh laa, cuma kena labuhkan je. kan lebih ayu gitu. kalau singkat tahap pelik pelik bonggol bonggol tu sorry to say lah, mata aku yang melihat ni pun akan menyebabkan hati aku berbisik perkataan "sakai dan selekeh. not my taste." ya. maaf. tapi itu kebenaran.

aku dapat rasakan usaha aku masih kurang dalam memperbaiki diri sendiri, apatah lagi nak menegur rakan rakan. aku hanya buat yang termampu, selagi ada kekuatan aku akan bersuara. jika tidak, blog inilah menjadi medannya. terima kasih sahabat, yang memberi sokongan sebagai kekuatan untuk meneruskan sebegini. terima kasih sahabat, kerana mempertikai peribadi dan personaliti muslimah sepertiku ini, mudah mudahan segala pertikaian itu menjadi dorongan untuk aku terus berubah menjadi lebih baik. tak kisahlah tanggapan buruk atau baik.

tetapi untuk yang terus membutakan mata dan hati, tak ambil peduli, mudah mudahan peluang daripada Allah sentiasa ada untuk diperolehi. semoga Allah mempermudahkan jalan untukmu, sahabatku.

"...kau ni, berbanggelah menjadi seorang muslimah...tau!"

senior lekir. ya, itu pesan beliau pada aku.

semalam. 22032012, 2332H. telefon berdering tanda sms diterima.

"...one more thing, aku suka ar tengok hang pakai tudung labuh. sepanjang aku duduk sini baru tiga orang yang aku nampak pakai macam tu dalam skuad kita."

thanks sahabat. perubahan ini untuk diriku sendiri. untuk redha Allah. untuk jadi penyejuk hati dan penyelamat mak dan abah. untuk syafaat Rasululullah. untuk perubahan bersama.

inshaAllah sahabat, kau pun bakal dapat isteri yang solehah! aku doakan itu. :)

masa akan terus berjalan tanpa henti, dan aku tak akan terkejut jika isu hijab ini disebut sebut lagi. aku bersedia menghadapinya, inshaAllah. kami para muslimah, bersedia mengadapinya.

istiqamah, wanie.


the humble typo : ~hazwani~ at 11:08:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 March 2012

a fine morning. :)

di port biasa aku.
tibe tibe telefon bimbit bergetar. oh ada sms rupanya.

"Assalamualaikum..ape khabar? best tido lewat semalam (gara gara insomnia)? haha."

"Waalaikumussalam. haha best. cakap pukul 4 nak tido last last extend sampai 4.30 memang terbaik lah kan. dalam baris tadi aku dah tingtong dah. haha."

"Haha. tu lah ko. tido lewat lagi lain kali."

"Dah biase ler..kat asrama dulu aku pernah 2 3 kali tak tido malam kot. bende biase lah.."

"Haha. 2 3 kali tu tak banyak, faham..aku lagi banyak kali tak tido malam time kat asrama dulu."
"Haha yela yela. ko memang selalu nak menang je kan. haha."

the conversation continues. and then suddenly.

"Ko free tak? nak ajak makan ni. haha."

okay, i was like "Alhamdulillah thank you Allah for this chance!" :)

"Haha amboi. tiap tiap hari makan mapley~ duit masyuk lettew. ko nak pegi pukul 10 ea? aku kene tanye IC kelas dulu, kadang kadang diorang mintak ma'am masuk kelas awal (ayat nak cover haha) eh, sape lagi yang ikot?"

"m**d* ngan *i* ikut sekali kot. haha."

okay lah kan, lagi ramai lagi meriah. aku cuma nak lepak lepak borak ngan dorang je, bukan nak makan sangat pun.
at last, dekat mesin ATM.

"mane yang dua orang tu? cakap nak ikut sekali?"

"oh, dorang tak dapat ikut lah. lepak kat kelas je."

and there it goes, both of us. only. walking swiftly off to mapley, chatting along the walk. smile. laugh.

it's been awhile i haven't spend time chatting with him like today. miss the old times. :')

dia baik. seorang kawan yang sangat baik.
kelakar. periang.
dan caring akan sahabat sahabatnya yang lain.
seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
dan tabah serta kuat.
dia salah satu iktibar ketabahan kami di dalam kompeni.
seorang Deltan yang paling kuat.
dan setia menjalankan tugas.

aku beruntung mengenali dia. kami semua beruntung memiliki dia di dalam pasukan.
dan belakangan ini, rajin pula dia bertanya khabar aku setiap hari.
menerusi pesanan ringkas.
hairan dan aneh, apabila di dalam baris, bertemu empat mata
kami diam seribu bahasa.
malu. segan.
ya Allah, petanda apakah ini.

harap dia kekal sahabatku sehingga akhir hayat.
aku sayang dia, macam dia sayang kami satu kompeni.
friends forever till jannah, inshaAllah.

it's a pleasure to know you, kawan. hope for the best for you. keep being strong, like you always do.


the humble typo : ~hazwani~ at 10:08:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 5 March 2012

rinduku si fajra~

fajra nada nadifa~~
mak uda rindu sangat kat fajra, tahu?
bila boleh mak uda dukung fajra lagi ea.
bam bam sayang mak uda ni~~
heehe.


hahaa. mak uda ter'over' posing ler pulak. tengok tu fajra jelir 'bwek'.


candid! ahaha.

tiba tiba rasa macam teringin nak timang anak sendiri. amboi! lambat lagi wanie...itupun kalau ada rezeki, inshaAllah..belajar dulu nahh.

:)
*dalam hati ade taman ke wanie? entahlah..

the humble typo : ~hazwani~ at 10:12:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 2 March 2012

tokwan, happy birthday noh...

assalamualaikum, fuhh alhamdulillah what a wonderful morning today. i just finished my calculus class at 1000H and now it's time to have some rest, by blogging. yup. blog as much as i can on free time. and yeah, i post this entry at this very late. it's a tribute to one of my friends, whom just celebrated his 19th birthday recently.

28th of February 1993.
Muhammad Afiq bin Rahman Yusof.
haihh, dah tua hang nohh.


okay aku curi gambar ni kat fb dia. an awkward afiq. haha.

muka tak nampak macam askar pun kan?
macam budak budak. :)
well, he's kinda sweet guy. ramai ladies kat upnm ni yang usya and cakap dia comel. wahaha.
afiq ni, aku kenal dia sejak minggu kedua tunas wira, time tu latihan kawad.
mamat ni sentuh bab k-pop je, terus rancak cerita dia. haha. tak pun kalau sembang pasal anime-NARUTO. okey aku memang tak mahir kalau sembang korea jepun ni so aku dengar jela apa dia merapu.
paling tak bleh blah, dia ni peminat girls' generation dan dia pernah nyanyi lagu gee depan mata aku.
and at that moment, i was laughing like a mental person. comel kot dia buat gaya sekali, hahaa.
dan, afiq ni kan,
aku nak cakap kat ladies yang baca entry ni,
kalau dia propose korang mintak kahwin / tunang kan,
TOLONG LA ACCEPT!
dia caring kot. hahaa. aku ni sebagai kawan dia aku observe laa tiap tiap hari.
yang pastinya kalau dia propose aku, inshaAllah aku tak accept kot.
he deserves a better girl. haha bukan macam aku yang fumble ni.
dah comel tu, kena lah pair dengan yang comel kan.

afiq baik. lain daripada guys lain. rata rata yang kenal dia maybe akan rasa he's kinda slow and lemau. *and sebab tu kat sini orang panggil dia lemau, tapi he doesn't care much about that. bagus kan :') teddy bear domo-kun yang aku tunjuk haritu kan, dia lah yang kasi. huu dia akan try happy kan hati orang sekeliling dia, bukan setakat aku ja, ramai lagi dia buat macam tu.
dia memang kawan yang baik. baik. dia tak pandai nak marah atau maki maki orang, atau simple words, soft-hearted.

okay afiq kalau hang baca ni, habih kembang semangkuk laa dok tengok aku puji puji hang. ni cuma observation yang aku dapat sepanjang aku kawan dengan dia..walaupun aku ni agak tak berapa nak satu kepala dengan dia, tapi so far kami tetap kamceng.

well afiq, have a happy 19th birthday~ hang lagi tua daripada aku tapi aku pulak yang dok jadi nenek hang. haha apala. cucu tua -.-'' apa apapun semoga hidup hang sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa, inshaAllah. belajaq rajin rajin, commission dapat ijazah terus jadi engineer nah..lepastu barulah pikiaq nak bawak diri..oke :)

yang pastinya afiq still hutang aku belanja makan kat mapley. haha gurau ja..

okey i think that's all. assalamualaikum. :)

*this entry was posted later than the time stated above due to the business on the day before. i had to deal with TTS, evening parade and roll call as well besides preparing all the stuffs for standby bed at anytime. sorry.


the humble typo : ~hazwani~ at 10:41:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ubah.

sedar tak sedar, dah lima hari aku kekal macam ni.
wanie yang baharu. baharu kah? oh tidak.
aku masih wanie yang dahulu.

yang banyak cakap, yang bising, dan yang banyak songeh.
ya, masih macam dulu.
tak ada yang berubah, dan kalau ada pun mungkin sedikit.
sikit je. tak banyak yang aku mampu buat.

banyak mata memandang. ya, aku sedar tu.
dan memang aku kekok. gugup setiap kali melangkah.
jujur aku tak ingin dipandang sebegitu.
aku juga perempuan biasa, seperti rakan yang lain.

tapi alhamdulillah, reaksi daripada rakan satu kompeni setakat ini positif.
cuma aku bimbang ada juga mata yang memandang dengan makna yang sukar untuk ditafsir.
ah wanie, bersangka baiklah.
bersangka baiklah.

mudah mudahan Allah permudahkan jalan untuk kita semua.

istiqamah, ikhlas, rendah hati, wanie.
jangan kau terpesong daripada niat kau yang asal.

keredhaan Allah, itu satu satunya misi.
ringankan beban abah, sejukkan hati mak, itu visi.

kawan kawan, i'm still the old wanie. just act normally like those typical days okay. :)


alhamdulillah, semua yang baik itu datang daripada Allah. terima kasih Allah di atas keterbukaan hati ini.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:47:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 21 February 2012

regarding the 3rd semester.

assalamualaikum everyone. sihat hari ni? harap harap sihat sihat semua lah ye..aku alhamdulillah sihat jah, cumanya mata agak berbengkak bungkil sedikit gara gara tak cukup tidur. *loaded eyebags* yes, cuti seminggu kat rumah aku dah puas tidur. yihaa.

alhamdulillah, hari ini hari keempat bagi permulaan semester 3. what semester 3? bukan asasi 2 sem je ke? huhuu ni kan UPNM. universiti pelik nak melampau-lampau. hahaa. so hari hari dilalui sangat indah, kelas kebanyakannya subjek baru, lecturer pun baru, so the days start with intros. berkenalan gitu gini, briefing pasal subjects dan buku buku yang kena beli..macam tu lah.

bagi pelajar Asasi Sains dan Teknologi Pertahanan, the classes are already separated into two names ; TM (teknologi maritim) and STP (sains komputer). bebudak TM ni hanyalah geng geng navy dan pelajar awam yang berminat saja. jadi dah sah sah la aku ni masuk kelas STP kan..tak ada navy lah, yang ada just awam, army and airforce. STP 1 is my class. remained like the old time. it's just that our class have some new family members, from the other former class. so boleh lah tambah kenalan kan, bagus jugak. :) Amalina, Marina, they're in my class. dan sorang je guy yang aku kenal kamceng, yang lain aku tak berapa nak cam kewujudan mereka sebelum ni - Amirul Najhmie aka yoy. alhamdulillah dia cakap masuk je kelas STP1 ni terus berkobar kobar nak belajar untuk score pointer semester 3, sebab? entahla..ramai classmate aku yang perform kot, hehe yaa betul tu. :) aku pun dulu rasa stress sebab persaingan sengit, so kena push diri sendiri untuk stand at the same level with them lah. inshaAllah, mudah mudahan diperkenan doa itu oleh Allah ya sahabatku. dan semua rakan sekelas yang lain. amin.

rindunya semester 2, kawan kawan navy dulu dulu. Sivasutan, Raagavan, Bhalen, Pravin, Yegan, semua tu suka buat riuh dalam kelas, suka menyakat, bergurau..dan cepat mesra. okey nampak kat sini semua Indians kan? barulah perpaduan dapat dipupuk. tak lupa jugak Azeerah, Yahshini, Chin dan Koong, Manikanthan, semua tu pelajar awam. kita satu malaysia :) tapi semua dah hilang sekarang, kawan baru pulak yang mengisi kerusi kerusi kosong dalam kelas. mungkin ada hikmahnya, aku sentiasa percaya tu. sekarang aku dalam proses berkenalan dengan dorang. agak kekok, tapi inshaAllah lambat laun akan kamceng jugak. sahabat untuk selamanya kan.

mungkin semester 3 ni sebagai nafas baru bagi aku dan segelintir rakan rakan yang lain untuk berubah ke arah yang lebih baik. azam baru, semangat baru, usaha, tawakkal dan doa pasti akan berjaya, inshaAllah. macam lagu InVoices UPNM Azimat Perjuangan tuu ;

"Perjuangan pasti kan berjaya."

okey. malam dah makin melarut. aku pulak dah makin melalut. confession straight to the point, frienemy aku yang sorang tu pun makin menjadi jadi perubahannya. sekarang ni dah takpernah nak menegur aku dah. kalau tegur pun kat fb je takda maknanya nak bersembang macam dulu. hai kawan, drastik sungguh kau berubah ya. dan semakin lantang juga kau membidas status aku kat fb. apa maksud semua ni kawan? aku pernah jugak memikir sebab musababnya tapi jalan akhirnya buntu. tanpa solusi. tak mengapalah kawan, semoga iltizam kau untuk berubah menemui hasil yang positif dan terus positif. sebagai kawan, aku percaya kau boleh. nama kau mirip khalifah ketiga khulafa' ar-rasyidin, semoga kau ambil iktibar daripada sirah hidup dan keperibadian pemimpin ternama itu. allahumma amin.

TTS. time to sleep bukan tempur tanpa senjata yaa. huhu assalamualaikum everybody. :)


the humble typo : ~hazwani~ at 11:32:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Alhamdulillah, more than I expected.

assalamualaikum. how's it hangin', yaw? yup, i admit that i left this blog for almost a month. lately i don't have a mood to blog actually, but today i'm trying to talk something crap, but still so true.

16th of february. it's the day for the foundation students to check for their 2nd semester final exam's result. i woke up that morning and found out there are numerous NDUM members of mine on facebook. haha. of course, it's about the 'R' word. what is it, again? R-E-S-U-L-T. okay enough blabbering wanie. you just don't know when to stop.

that morning i didn't check it yet. i went out with mom, shop at Giant store and treat her for lunch - koayteow kerang, fresh orange and MamaRoti as well. :) went back padang serai during evening, and i asked mom to stop for a while at a cyber cafe to print out the MUET slip and exam result, too. this is what i get,


figure it out yourself on how to make this pic bigger.

as highlighted in red, that're the worst among all subjects - chemistry and foundation english. frankly speaking, i'm not surprised with chemistry, sebab dari dulu lagi memang aku takboleh go dengan subjek para professor ni..so hamek kau wanie, B- ! main main sangat time kuiz dengan test, rasakan. tapi foundation english telah membuka mata aku agar jangan berlagak terer english sangat..huhu. bab writing memang aku boleh merapu, tapi bila sampai part speaking nah gagap. natijahnya, B+ untuk kau wanie. yang lain alhamdulillah A-, A tapi takdalah A+. i'm a typical student. okey jom tengok yang highlighted in green tu, my former CGPA pointer in 1st semester was 3.48 *terkilan beb masa tu* but this time ALHAMDULILLAH Ya Rahman, it's more than i expected - 3.57 and when i knew that, my eyes are teary. i thought it would be decreasing since the exams were quite tough and disappointing for me. but who am i to deny it, the result is already out. all praises to Allah, the lecturers do help me a lot, i would be absolutely helpless without them. thanks, educators.

big thanks also to my parents and family who keep supporting me to fight till the end. mak, abah, thanks for the moral support. i will try better in this 3rd semester, inshaAllah. and friends, especially my lab partner Arif Hasan Albakri, you do contribute a lot for our physics and chemistry lab report marks. it's a pleasure to be combined with you when conducting all the experiments, eventhough you always tease me and we had a lasermouth-fight sometimes. haha funny.

2nd semester. treasured in memory forever. thanks Allah for this wonderful life experience. :')

congrats to all friends who's in the dean's list..good job you guys! for those who didn't, it's okay...we still have lots of exams waiting..so let's keep our head up and move on towards success together..past is past, let's begin a new chapter. okayh! la tahzan, innallaha ma 'ana. don't be sad, Allah is with us. :)

notice that i am writing mostly in english. now, i'm in MUET mode. the exam is approaching. wish us the best! ma'an taufiq wan najah, man jadda wajada. inshaAllah, amin..

it's already 0215H, goodnite peeps, assalamualaikum. :)


the humble typo : ~hazwani~ at 01:24:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 2 February 2012

oh abah.

Assalamualaikum peeps. Yeah i know it's been quite a long time i didn't post any entries. getting busy with the training (commonly called as LKU - Latihan Ketenteraan Umum) forcing me to stop blogging for a while. Thanks to Allah we got 1 day break due to the Federal Territory's Day (am I right?) ataupun senang cerita Hari Wilayah Persekutuan. and that brings me to write this.

Abah, it's already two weeks passed and I forget to write it on time. but i did text you an SMS on 0300H rite. in this humble blog, i know you are not reading this but i still want to say, Happy Belated Birthday.

18.01.1954. Harme bin Abdullah was born.
A husband to my mom. A father of six of us. A hero to his family. A teacher to the nation's next generation.
itu abah aku.

abah ni kan,
  • muka anak anak dia lebih mirip abah, especially dekat part mata.
  • suka buat lawak yang kadang kadang hambar tapi kami still akan tergelak.
  • sound bersin abah ibarat loudspeaker dalam rumah.
  • paling terer bab cari makanan yang sedap. bila balik rumah je mesti ada satu menu special.
  • sangat mementingkan kebersihan tangan dan makanan. sebelum makan abah akan suruh aku cuci tangan bersih bersih dulu, siap sabun lagi. makanan pulak abah tak galakkan beli kat tepi tepi jalan raya sebab banyak habuk dan debu. plus, abah suka makan ayam kampung yang disembelih fresh, ayam bela yang gemuk tu abah tak layan sangat.
  • bila abah melukis kan, abah akan sketch dulu kasar kasar, memang nampak hodoh dan serabut la. tapi bila abah start colour, memang lawa gempak. selalu abah lukis pemandangan laut, sawah padi, rumah kampung, cenggitu la.
  • bila sampai ja masa ujian seni kat sekolah, abah akan try guide aku. pernah haritu masa aku form 2 abah demo lukisan pemandangan laut dengan bayang bayang sampan, matahari jingga, bukit bukit siap. aku simpan sample dan try lukis ikut abah. result keluar, aku antara yang dapat highest mark, 82%. huhu anak abah kan. :)
  • aku tak sangka masa muda muda dulu abah handsome sangat! sekarang dah chubby, nampak cute la, haha. masa muda dulu muka abah lebih kurang macam abang aku, Dzul. like father like son laa kan.
  • satu lagi, abah ni lelaki paling cool pernah aku jumpa. rilek je, apa masalah pun muka abah tenang je. tapi dalam hati abah Allah je tahu, 1001 perasaan bercampur baur.
  • abah sangat caring hal hal anaknya, especially education dan makan. haha. pengakuan. aku ni degil sikit bab education, masa sekolah dulu asyik tak score je. so bila abah tanya dan aku jawab yang sebetulnya, abah selalu takpuas hati dan akan suruh aku usaha lagi dan lagi. tengok, abah lagi tension daripada aku sebenarnya.
  • abah merokok tapi alhamdulillah still nampak muda dan sihat. rahsianya? banyakkan minum air putih, gosok gigi dan minum spirulina. hehe..
tambahan.
alhamdulillah aku bersyukur abah dijodohkan dengan mak. kalau tak, aku takkan lahir di dunia ni. pasangan secocok tu, mak dengan abah dua dua jiwa seni. turun pulak kat anak anak dorang. huhu seronok lah kan. dan abah sangat suka letak nama anak anaknya dengan huruf H memandangkan nama abah pun start huruf H. maka lahirlah enam beradik dengan nama :
  1. nurHirni Hidayati Harme (panggilan - ida, kangida; means kak ida )
  2. dzulHasymi Hakim Harme (panggilan - abang)
  3. nurHizam Hanim Harme (panggilan - aneem, kangchik; means kak chik)
  4. nurHamimi Huda Harme (panggilan - mimie, kangteh; means kak teh)
  5. nurHanani Husna Harme (panggilan - nanie, kangshu; means kak su)
  6. nurHazwani Hikmah Harme (panggilan - wanie, adek; yang bongsu tak bermakna yang paling kecil)
...haa. cuma depan tu tambah Nur dengan Dzul je. dengan lahirnya kami berenam, maka riuhlah rumahtangga ni dengan keletah masing masing yang berbeza beza. haha unik tak unik family aku. sorang bising, sorang manja, sorang nerd, sorang lurus bendul, sorang humourous, sorang nakal dan macam macam lagi. tapi air dicincang tak akan putus kan.

abah, thanks for brightening my days for almost 19 years. i still remember the day i was a tiny tot, you did entertaining me by bringing us, a whole family to a vacation, zoo, waterpark, or the typical playground we used to go, Taman Jubli Perak. it will be so hard for me to live without you, abah.

banyak kali aku buat abah kecil hati dengan perangai tak sabar aku. harap harap sementara aku masih bernafas, abah masih ada, sempat aku tebus dosa dan buat baik kat mak dan abah. forgive me abah, my wali. i know you were hurt so much inside.

abah, semoga hidupmu sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat dan rezeki daripada Allah. adek doakan mak dan abah bahagia selamanya. again, selamat hari lahir, abah. tarikh yang sama, 18hb Januari abah lahir, 18hb November mak lahir. jodoh Allah :)


mak dan abah makan nasik lauk gulai ikan sembilang sama sama :)

*abah, abah tahu kan dekat sini adek kawan rapat dengan sorang guy, abah pun pernah borak panjang dengan dia haritu. dia kat sini baik baik je abah. jangan risau, adek dengan dia okay. :) kalau dia kacau adek report kat abah.

yang menyayangimu,
adek wanie.

walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
di saat diriku kehampaan kau setia mengajarku erti kekuatan.
*taken from Aeman - Ayah.

it's already 0155H and i'm still staring at my lappy. time to have a rest. Assalamualaikum. good night, abah. good night everyone.

the humble typo : ~hazwani~ at 00:05:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 18 January 2012

recalling the old day.

Assalamualaikum.
i'm currently viewing my old photos from my albums in the PC
and i stare for minutes watching these photos.
they was taken over a year ago by my mom
and i remember that day.
looking for peace and calmness, i asked mom to bring me to Pantai Merdeka. tok (grandmama) was also going.
ever heard about it?

"Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terhurai
Oh indahnya peristiwa cinta kita di Pantai Merdeka."

so that's Pantai Merdeka. it has nothing actually, the beach side is no longer a history.
there, i just sat and watched others walking along the shore, playing kites, enjoying the ice creams, having fun with their children at the playground, and chatting with their partners ; i mean, the husbands and wives.
mom never asked me why i want to be there so badly.
i just love to see the ocean, feel the sea breeze, witnessing the creations made by Allah
well those would effectively teach me to be grateful, and at the same time becalming the heartache in my soul that time.
the sorrowful memories of mine are vanished once i did those. thanks, ya Rahman.
now i'm turning into a new leaf, and hoping it will stay fresh and green forever. inshaAllah.

the scenery.


long time ago, i used to take off my shoes, walking along the shore, letting the waves soaking my soles and picking up the unique rocks and shells. itu dulu.

this is captured by mom (seriously miss this moment!) :


yeah. dulu aku kurus. kurus sebab selalu tak makan. tak makan dan selalu menangis. taktau kenapa. sekarang dah debab. haih -.-'

and when i got no stuffs to do ; no siblings to joy with, no buddies to prank with, i took a rock, and wrote :


top : my nickname. bottom : the date i was there.
yep. it's lame. and it is not interesting at all.
that's the fact of my own world - boring, emotionless, and poor.

after feeling like getting enough, me, mom and tok grabbed our meal - mee rebus, rojak buah, ais krim, corn cup, air kelapa and sat somewhere, enjoying those while chatting on random things. done, we packed up and left. i bought some souvenirs to be given to my two best buddies in the class, Anis and Firas. they are keychains, with a yellow duck shape. still wondering whether they keep it or not.

the SPM examination is around the corner that time. by going there, i gained my spirit back and ready to boost myself for the war. i forgot the past - the day i clashed with him. and i didn't ever regret it. Alhamdulillah.

enough for the bedtime story, night peeps. assalamualaikum.



the humble typo : ~hazwani~ at 01:19:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 16 January 2012

a monologue that you never understand.

kenapa ya?
bila aku tulis something about my life, my happy days, my activity, apa apa jelah yang berkaitan dengan apa yang aku buat pada hari hari tertentu,
dia mesti cakap aku show off.
bila aku update status kat facebook pasal apa yang aku buat
dia mesti cakap aku kecoh. minah sembang.
sedangkan aku tengok ramai je ladies lain yang tulis macam tu kat status dorang.
dia tak komen pun. dia tak cakap pun "show off, kecoh, minah sembang."
aku tulis sikit je. takde la nak bagitahu semua orang macam ni :

"bestnyeww lepak nan kengkawan kat mid valley tadi, syok gilewww!! mood : eppy sesangat! cyunk kowunk sumeww."

or more horrible, like this :

"tibew-tibew tekak ney rasa nak mam burger plak . aduuhhh ! sakit2 ney la teringin nk mam mcm2 .. where MY SPIDERMAN (bf yang dianggap hero) ?"

ataupun like this :

"buhsyan dowhh tatau nak watpew..sesapew nak join titew jenjalan ane2?"

or yang ade bf tu, like this :

"ILOVEYOU *?@#4%(nama bf) my hero!!!" (lepastu buat bentuk heart banyak banyak like this. <3)

freak. those statuses are even worthless than mine. kenapa dia tak pernah sedar?
okay sekarang aku memang direct to the point. maaf.
maafkan diri ini, ya Allah. aku cuma ingin kepastian.
kenapa agaknya dia berlaku sebegini kat aku?
dia benci aku ke, Ya Rahman?
dia tak ikhlas kawan dengan aku ke, Ya Rahim?
kenapa mesti ada je yang dia tak suka pasal aku?
aku cuba treat dia elok elok, sebab aku pernah terhutang budi kat dia.
kenapa dia macam ni?
dan kenapa mesti aku yang dia komen? kenapa bukan perempuan lain?
buruk sangat ke perangai aku ni
lemah sangat ke aku ni
hodoh sangat ke rupa aku ni
jahat sangat ke aku ni pada dia.

dah la aku malas nak ungkit semua.
dia banyak kali minta maaf,
sakit hati macam mana pun aku sentiasa maafkan dia
tapi kalau dia still ulang, macam mana pula Ya Tuhan?
aku takut hati ni lama kelamaan akan tertutup untuk maafkan dia.
dia minta maaf tu, dia sedar tak kesalahan dia, Ya Tuhan?
kalau dia sedar, kenapa mesti dia ulang lagi?
kenapa tak pernah ada sesalan pun dalam hati dia?

maafkan aku kawan, aku hanya mampu luahkan di sini. mungkin kau akan baca, atau mungkin tak.

Ya Allah, tolong lembutkan hati dia. walaupun bukan untuk hubungan dia dan aku, mungkin untuk hubungan dia dan kawan kawannya yang lain. Amin.

*sorry i didn't begin with "assalamualaikum" as usual. this entry seems to be like i'm talking alone, so i thought i could just write without greeting. sorry again.


the humble typo : ~hazwani~ at 10:36:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 15 January 2012

now i can see a big smile on your face, mak. :)

Assalamualaikum and a very good morning. indahnya pagi yang redup kat UPNM ni. maka ucapkanlah "alhamdulillah" wahai sang hati, syukurilah nikmat dan peluang yang diberi Yang Maha Penyayang, kita masih bernafas pada hari ini, di dunia pinjaman Allah. macam lirik lagu maher zain,

"I thank You with every breath I take."

...so what I'm going to write today is about my home, my 'new look' home. alhamdulillah kesabaran mak selama beberapa tahun menanti akhirnya berbalas. rumah dah siap renovate, makan masa dalam empat bulan jugak, agaknya lah. walaupun kurang menepati citarasa mak, tapi bagi aku rumah still cantik :) takpalah mak, biarlah bersederhana dulu. nanti kita improve lagi mana mana yang patut. alhamdulillah I'm happy enough with the beautiful design, lebih lebih lagi bilik tidur aku. :) weee bilik tidur AKU SORANG je tau. mak buatkan special punya sebab aku kan anak last yang manja, selalu teman mak kat rumah dan masih solo. yang lain semua dah kahwin tunang dah. opps tertinggal kakak aku yang sorang lagi tu pun solo jugak, tapi biar bila dia balik dia tidur kat living room. haha *adik jahat*

bukan nak menunjuk sebenarnya, aku cuma nak share happiness ni dengan korang la, especially yang bergelar *pembaca setia* tu..haa bacalah, kau kan ade banyak mase lapang..moh ler kite terjah ea rumah yang agak humble ni :)

selamat datang ke teratak kami, HarmeAbdullah + RosnahHassan :)


dari luar. nampak macam tak menarik je kan. sebab time ni takda orang, tak meriah..sebab tu macam tak mengalu-alukan kedatangan tetamu. gambar ni dah lama dah, sekarang ni rumah mesti nampak berseri-seri, insyaAllah..(tetiba rindu rumah, huu)


ni living hall. mak cakap memang nak buat kosong macam ni taknak bubuh meja meja dan gubahan bunga yang tak patut. taktau lah, sebenarnya sofa belum beli. so for the time being biarlah guests duduk atas sofa lama tu dulu. sofa tu dah lama kot, sejak aku umur 4 - 5 tahun lagi..tak pernah tukar pun okay..huu rasanya kedudukan tu akan diubah, sebab tak sesuai lah letak depan sliding door..entahlah kat mak, mak lagi pandai bab bab mengubah ni. dan mak cakap nak biar living hall tu lapang sebab nanti mak boleh panggil ustazah buat kelas mengaji dekat rumah, pastu ibu ibu, kaum hawa kat taman ni boleh berkumpul kat rumah ni. insyaAllah ya mak, moga terlaksana..amin!


yang bersepah ni lah bilik aku. okay fine, bersepah tak macam bilik aku kat UPNM ni. haha. ni sebab barang barang baru dipindahkan la..aku pun baru balik time tu terkejut beruk tegok makk aii banyaknya baju aku. dan ya, bilik ni still takda katil. dulu aku tidur queen size bed sorang sorang, tapi sekarang ni bilik dah jadi kecil, so aku kena prepare duit beli single bed. aku nak letak katil tu belah kanan yang dekat longgokan baju tu, wardrobe kekal di situ, dan mungkin aku nak tambah meja study, cermin, dan rak buku. cukup kot? nak solat, bukan kat bilik ni..ada bilik satu lagi khas untuk beribadat. insyaAllah..


ni bilik aku dari pandangan pintu masuk. hehe nampak kan dari luar tingkap tu hijauu je. tu padang sekolah. bukan sekolah aku. dan sebelah kanan penyidai tudung tu ada bilik mandi...aku share bathroom dengan bilik sebelah, iaitu bilik tok. gambar bathroom tak disertakan yea, tapi nice lah, kecil dan selesa. nasib baik takda bath tub, kalau tak tiga jam lah aku dalam bilik mandi tu..dah lee aku ni spesies suka mandi lama lama. hahaa. okey fakta, mandi lama lama pada waktu malam tak baik, nanti paru paru masuk air. mak selalu pesan.


dan ini lah port yang aku rasa paling best nak lepak. dapur. yes. masyaAllah cantik design mak pilih, aku suka :) macam ni baru ada semangat nak masak masak, hehe. siap lah dapur, aku balik je rumah cuti ni habis aku kerjakan. muehehe.

alhamdulillah buat masa sekarang semuanya lengkap, cantik dan cukup memuaskan. dengan segala nikmat yang diberikan ni, kita kena bersyukur dan sentiasa ingat bahawa nikmat yang kita dapat tu Allah boleh tarik balik bila bila masa je. so pesanan untuk HazwaniHikmahHarme sendiri, jaga lah rumah family kau elok elok..manfaatkan rumah itu sebaik baiknya untuk mengejar keredhaan Allah, baru lah kita boleh cakap "Rumahku, Syurgaku". kan?

semoga sinar bahagia sesama keluarga akan terus melimpahi segenap ruang rumah ni lantas mengikat ukhuwah yang takkan terputus selamanya. insyaAllah, amin. kawan kawan yang tengah baca entry ni pun, sama samalah kita wujudkan suasana ceria dalam rumah kita yea. tak perlu perabot yang mahal mahal, asalkan rumah itu kemas, bersih, selesa dan sedap mata memandang, hati kita pun tenteram duduk dalam rumah tu. okey :)

thanks for reading this entry. with that, I stop here. Assalamualaikum and have a good day!



the humble typo : ~hazwani~ at 08:02:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 14 January 2012

finally, untuk kau yang aku gelar sahabat.

Assalamualaikum readers and stalkers. *this is an honour, i'm not being sarcastic, seriously* Alhamdulillah big thanks to Allah as the final exam is over. Hope for a good news later, inshaAllah.

Well, I supposed to sleep early tonight due to a quite bad flu. *aku selsema* so better for you to stay away from me lah, takut takut berjangkit..asyik asyik bersin je tak berenti, tapi kita kena tahu dan sedar Allah sedang menguji..all we need to do is just sabar, doa cepat sembuh dan jangan lupa makan ubat. kan?

This entry is actually dedicated to *si pembaca setia* (aiii nama selalu berubah ubah kan) also commonly called as 'frienemy'. Well i don't really know how to start the line. But first of all, forgive me, buddy.

aku concern pasal kau sebab aku still consider kau kawan baik aku. macam aku cakap dulu, aku ikhlas.
aku taknak orang cakap hal hal buruk pasal kau, sebab aku sendiri tak suka dengar.
dan pada masa yang sama, aku taknak jugak kau buat diri kau sendiri dibenci orang lain.
kawan,
tak perlu bergurau secara berlebihan sampai ada pihak yang annoyed dengan kau.
tak perlu sampai dorang maki maki kau. tak perlu.
aku pernah cakap kan, bila bergurau melampau lampau, buruk padahnya.
pernah aku pesan kan, habluminallah, wa habluminannas.
jaga hubungan dengan Allah, dan jaga hubungan dengan manusia.

mungkin kau nak dikenali dengan cara macam tu.
mungkin kau nak menyendiri, dan sebab tu kau buat orang annoyed dengan perangai kau.
mungkin jugak kau tengah dalam proses penyesuaian, sebab kau culture shock.
mungkin niat kau cuma nak bergurau, tapi bila dah terlajak kat, kawan kawan kau kecil hati.
macam macam andaian aku buat, dan aku cuba untuk tak buruk sangka pasal kau.
eventhough kau sendiri mengaku kau jahat, aku cuba nafikan. kau tahu tak.
kau cakap aku baik, aku nafikan jugak.
kau agak sebab apa?

sebab kat dunia ni mana ada manusia yang sempurna.
tapi tu tak bermaksud kita boleh terus-terusan buat kesilapan.
aku nampak perubahan kau sekarang.
alhamdulillah, semakin hari semakin baik.
kau selalu pergi masjid, solat berjemaah, dengar ceramah.
tu jadi bukti kau jaga hubungan kau dengan Allah.
aku harap masuk semester 3 ni hubungan kau dengan kawan kawan sekelas, sejurusan akan jadi jernih macam first time berkenalan. insyaAllah.
biasakan diri kau minta maaf kat orang lain bila kau buat dorang kecil hati. dan aku tau tu memang habit kau sekarang. aku suka kau macam tu. :)
jangan jadi macam aku yang suka approach guys ni. tak baik.

aku ni takdelah kenal kau betul betul sangat. rasanya dalam 65% je. atau bagi kau, mungkin kurang daripada tu.
aku ni bukan faham kau sangat, sebab kau ni somebody yang penuh dengan rahsia di dalam hati.
nak kata kawan baik, lagilah jauh panggang daripada api. mana taknya, tiap tiap kali IM asyik kutuk kutuk gaduh gaduh je.
aku mesej panjang berjela tapi kau reply sepatah. maksudnya betul lah kau tak senang dengan aku sekarang ni.

sorry lah kawan, aku tak ada niat nak buat kau terasa hati.
kau tahu kan, blog ni dah jadi satu medium untuk aku cakap dengan kau.
tak tahu lah kot kot sekarang ni kau dah tak visit blog aku. so entry ni useless lah. jadi bacaan aku sorang je. kau kan pernah cakap "takde pape yang menarik pun kat blog kau."
sekarang aku just boleh perhati kau dari jauh je. dan kalau ada apa apa yang aku nak tegur, aku akan tulis kat sini.
macam gila jugak lah aku cakap sorang sorang kat sini kan? haha. itulah aku. dari dulu lagi.

mungkin kau akan cakap "ape laa yang wanie mengarut ni." aku pasti tu.
dan aku tahu kau takkan telan bulat bulat nasihat aku ni. sebab aku ni bukan VIP dalam hidup kau pun. kawan je.
takpe buddy, aku tak kecil hati pun kau fikir macam tu. bukan salah kau.
aku tak kecil hati pun everytime kau reply mesej macam tak boleh belah, asalkan mesej yang aku taip tu sampai kat kau dan kau baca.

aku nampak kat mata kau macam ada something yang kau cuba hide daripada semua orang. mungkin kau ada masalah, atau apa-apa jelah yang kau taknak cerita, so kau pendam je dalam hati.
aku just boleh nasihat, kalau betul kau ada problem, cer citer kat kawan kau yang kau paling percaya. insyaAllah kau akan rasa relief.
ataupun sebaik baik tempat mengadu adalah pada Allah SWT. Yang Maha Mendengar.

aku tak tahu betul ke tak, yang aku dengar kebelakangan ni (daripada sumber yang boleh dipercayai) kau ada konflik dengan ladies PP. jangan macam tu, kawan. cuba minta maaf kat dorang secara personal kalau kau tersalah cakap, dan cuba maafkan dorang yang cakap tak baik dengan kau. tak perlu nak salahkan sesapa, anggap je ni salah faham ea..

kau anak yang baik. aku percaya kau akan berubah suatu hari nanti. semoga perkara ni tak ganggu fikiran kau time final exam haritu, dan semoga pointer kau bertambah cemerlang lagi, mungkin daripada 3.70 lonjak naik 4.00 ke? mudah mudahan ea. insyaAllah. aku pegang pesan kau,

"jika kamu tidak mampu membantu sahabatmu dengan tindakan, bantulah dia dengan doa yang tulus."

pesanan humble daripada salah seorang kawan kau, all the best to you, buddy. uhibbukifillah.
Assalamualaikum. once again, maaf kalau buat kau terasa.

14012012, 0255H selesai.

the humble typo : ~hazwani~ at 00:18:00 1 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ▼  2012 (18)
    • ▼  Sept (2)
      • virtual taklim #2
      • virtual taklim #1
    • ►  Jun (1)
      • over again.
    • ►  May (1)
      • Three in One.
    • ►  Mar (6)
      • "kenape kau asyik sorang sorang?"
      • so they are talking about the hijab.
      • a fine morning. :)
      • rinduku si fajra~
      • tokwan, happy birthday noh...
      • ubah.
    • ►  Feb (3)
      • regarding the 3rd semester.
      • Alhamdulillah, more than I expected.
      • oh abah.
    • ►  Jan (5)
      • recalling the old day.
      • a monologue that you never understand.
      • now i can see a big smile on your face, mak. :)
      • finally, untuk kau yang aku gelar sahabat.
  • ►  2011 (49)
    • ►  Dec (14)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.