-->
"ThisIsHazwani."

Wednesday, 28 March 2012

"kenape kau asyik sorang sorang?"

27032012, 1445H.
aku dalam perjalanan ke koperasi, menyelesaikan tugas penting, printing.
assignment statistics, ya aku perlu submit sebelum jam 1700H.
sedang aku berjalan, tiba tiba ternampak kelibat yang sangat aku kenal.
namanya mirip namaku. okey, itu satu clue.

dan mungkin telah ditakdirkan, kami berselisih berjalan menuju arah bertentangan.
aku berjalan berseorangan. tiada pendamping.
seperti yang aku sering jangkakan tiap kali bertembung,

"heyy kau ni..kenape laa asyik jalan sorang sorang?"

imbas kembali.
kelmarin. 26032012, kira kira jam 1405H.
aku dalam perjalanan pulang ke bilik setelah selesai fardu Zohor.
seperti selalu, berseorangan.
dan tiba tiba satu kelibat kelihatan keluar daripada perut lif. bertembung empat mata dengannya.

"kau jalan sorang sorang lagi?"

...dan aku pasti, ayat serta keyword yang sama akan dilantunkan berulang ulang kali pada masa akan datang. jika dia lihat aku berjalan sendirian.

hai kawan, caring betul kau pasal aku ya?
kau risau ke aku selalu jalan sorang sorang?
aku memang macam ni. lagi senang sebenarnya walking alone ni..kau takpayah ikut step orang lain, just move with your legs swinging smoothly and freely.
kalau orang lain berjalan slow, kau buka big steps and quickly overtake them.
kalau orang lain berjalan terkocoh kocoh, kau just keep calm and go with the flow. steady bhai, relax..
we have our own opinions and choices. sometimes, never follow the others.

itu menunjukkan aku punya pendirian sendiri.
aku punya prinsip tersendiri.
aku tak harus bergantung harap pada orang lain selalu.
aku punya kesedaran, bahawa seramai manapun kawan yang kita ada dan sering berdamping, suatu hari nanti pasti kita akan tetap menempuh ujian berseorangan. tiada yang membantu.
kita, keseorangan.
so sebab itu, aku belajar survive dari awal. sebagai persediaan.

aku gembira, kawan. pada setiap kali kau ajukan soalan yang sama berulang ulang kali.
menunjukkan kau kisah akan aku.
kau harap akan ada orang yang teman aku berjalan di sisi jalanan.
jangan risau, kawan. Allah itu penemanku yang setia. Dia pelindung, Dia penjaga yang sangat dipercayai.
terima kasih kerana ambil berat perihal peribadiku.
walaupun sedikit, ia sangat bermakna.
aku bertuah memiliki kawan yang caring macam kau. alhamdulillah :)

...untunglah wanie, ade orang caring pasal kau...


the humble typo : ~hazwani~ at 00:20:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 23 March 2012

so they are talking about the hijab.


hijau kuning semangat kedah, hijab hijau semangat Delta!

assalamualaikum friends, readers and stalkers as well. :) no loads of entries recently, huh? actually i was not in the mood of writing that time. getting busy with all stuffs, assignments, preparations again and again.

well, back to malay. nak dikisahkan lah belakangan ni atau dalam masa terdekat ni, kira kira sebulan ni lah, aku perhatikan sendiri berbagai reaksi dan respon kawan kawan dan orang lain terhadap cara pemakaian aku sekarang. ya, maksud aku sekarang. sekarang. ingin ditekankan kat sini bahawa entri ini ditulis bukan bertujuan untuk menyemai rasa riak dalam hati. sekadar perkongsian cerita, moga kita dapat iktibar daripadanya. inshaAllah.

hairan, yang memberi respon itu kebanyakannya daripada kalangan Adam. segan juga rasanya, jika diingat balik.

"...wanie, tudung yang hang beli tu boleh dapat kat mana ar? aku nak carikan untuk mak dengan adik aku..."

"...wanie, kat mane nak cari tudung macam ni? sebab haritu aku perasan ko pakai tudung camni..." (sambil bagi link gambar sampel tudung bidang 60 akel)

"...sejak bile lagi ko start pakai tudung macam ni?"

okey, itu sedikit sebanyak daripada kaum lelaki. perasaan terkejut bercampur hairan apabila Lelaki yang tegar bertanya, hati aku tertanya jugak, "Ladies tak ramai yang tanya soalan macam ni. kenapa ea?" tapi kegembiraan tu tak dapat aku nafikan, sebab alhamdulillah, nawaitu guys tu baik, nak hadiahkan untuk mak dan adik perempuan.. :)

tak kurang, respon daripada rakan satu skuad Delta,

"...wanie, aku rase semue ladies kene pakai tudung macam kau lah. issue kan lah tudung tu, hahah."

okey, gurauan. tapi at least, they really care.

even IC kompeni Bravo pun tegur,

"...apesal ladies lain tak pakai macam kau ha. aku nak kau suruh semue ladies Bravo pakai tudung macam kau."

Allah, siapalah aku ni nak menyuruh nyuruh dan paksa diorang pakai macam aku pakai. tak sampai jangkauan kuasa aku, kawan. maaf. aku hanya mampu tunjuk contoh, selanjutnya biar mata dan hati mereka sendiri yang menilai.

ya aku ulang. bertudung labuh tak semestinya baik. tak semestinya alim. tapi aku sedang mencuba. daripada cara dan adab pemakaian yang elok, lahir pandangan pertama yang positif, inshaAllah.

"...subhanallah, manisnya dia bertudung labuh, menutup aurat. mesti dalam hatinya penuh dengan pengisian islamik kan. semoga Allah melindunginya."

ya. memang cantik bertudung labuh, sahabat muslimahku. bukan aku nak perasan cantik, tapi cuba korang tengok sendiri yang pakai labuh labuh, loose dan tak trendy sangat. comel. fesyen tudung balut balut lilit lilit pun boleh laa, cuma kena labuhkan je. kan lebih ayu gitu. kalau singkat tahap pelik pelik bonggol bonggol tu sorry to say lah, mata aku yang melihat ni pun akan menyebabkan hati aku berbisik perkataan "sakai dan selekeh. not my taste." ya. maaf. tapi itu kebenaran.

aku dapat rasakan usaha aku masih kurang dalam memperbaiki diri sendiri, apatah lagi nak menegur rakan rakan. aku hanya buat yang termampu, selagi ada kekuatan aku akan bersuara. jika tidak, blog inilah menjadi medannya. terima kasih sahabat, yang memberi sokongan sebagai kekuatan untuk meneruskan sebegini. terima kasih sahabat, kerana mempertikai peribadi dan personaliti muslimah sepertiku ini, mudah mudahan segala pertikaian itu menjadi dorongan untuk aku terus berubah menjadi lebih baik. tak kisahlah tanggapan buruk atau baik.

tetapi untuk yang terus membutakan mata dan hati, tak ambil peduli, mudah mudahan peluang daripada Allah sentiasa ada untuk diperolehi. semoga Allah mempermudahkan jalan untukmu, sahabatku.

"...kau ni, berbanggelah menjadi seorang muslimah...tau!"

senior lekir. ya, itu pesan beliau pada aku.

semalam. 22032012, 2332H. telefon berdering tanda sms diterima.

"...one more thing, aku suka ar tengok hang pakai tudung labuh. sepanjang aku duduk sini baru tiga orang yang aku nampak pakai macam tu dalam skuad kita."

thanks sahabat. perubahan ini untuk diriku sendiri. untuk redha Allah. untuk jadi penyejuk hati dan penyelamat mak dan abah. untuk syafaat Rasululullah. untuk perubahan bersama.

inshaAllah sahabat, kau pun bakal dapat isteri yang solehah! aku doakan itu. :)

masa akan terus berjalan tanpa henti, dan aku tak akan terkejut jika isu hijab ini disebut sebut lagi. aku bersedia menghadapinya, inshaAllah. kami para muslimah, bersedia mengadapinya.

istiqamah, wanie.


the humble typo : ~hazwani~ at 11:08:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 March 2012

a fine morning. :)

di port biasa aku.
tibe tibe telefon bimbit bergetar. oh ada sms rupanya.

"Assalamualaikum..ape khabar? best tido lewat semalam (gara gara insomnia)? haha."

"Waalaikumussalam. haha best. cakap pukul 4 nak tido last last extend sampai 4.30 memang terbaik lah kan. dalam baris tadi aku dah tingtong dah. haha."

"Haha. tu lah ko. tido lewat lagi lain kali."

"Dah biase ler..kat asrama dulu aku pernah 2 3 kali tak tido malam kot. bende biase lah.."

"Haha. 2 3 kali tu tak banyak, faham..aku lagi banyak kali tak tido malam time kat asrama dulu."
"Haha yela yela. ko memang selalu nak menang je kan. haha."

the conversation continues. and then suddenly.

"Ko free tak? nak ajak makan ni. haha."

okay, i was like "Alhamdulillah thank you Allah for this chance!" :)

"Haha amboi. tiap tiap hari makan mapley~ duit masyuk lettew. ko nak pegi pukul 10 ea? aku kene tanye IC kelas dulu, kadang kadang diorang mintak ma'am masuk kelas awal (ayat nak cover haha) eh, sape lagi yang ikot?"

"m**d* ngan *i* ikut sekali kot. haha."

okay lah kan, lagi ramai lagi meriah. aku cuma nak lepak lepak borak ngan dorang je, bukan nak makan sangat pun.
at last, dekat mesin ATM.

"mane yang dua orang tu? cakap nak ikut sekali?"

"oh, dorang tak dapat ikut lah. lepak kat kelas je."

and there it goes, both of us. only. walking swiftly off to mapley, chatting along the walk. smile. laugh.

it's been awhile i haven't spend time chatting with him like today. miss the old times. :')

dia baik. seorang kawan yang sangat baik.
kelakar. periang.
dan caring akan sahabat sahabatnya yang lain.
seorang yang amanah dan bertanggungjawab.
dan tabah serta kuat.
dia salah satu iktibar ketabahan kami di dalam kompeni.
seorang Deltan yang paling kuat.
dan setia menjalankan tugas.

aku beruntung mengenali dia. kami semua beruntung memiliki dia di dalam pasukan.
dan belakangan ini, rajin pula dia bertanya khabar aku setiap hari.
menerusi pesanan ringkas.
hairan dan aneh, apabila di dalam baris, bertemu empat mata
kami diam seribu bahasa.
malu. segan.
ya Allah, petanda apakah ini.

harap dia kekal sahabatku sehingga akhir hayat.
aku sayang dia, macam dia sayang kami satu kompeni.
friends forever till jannah, inshaAllah.

it's a pleasure to know you, kawan. hope for the best for you. keep being strong, like you always do.


the humble typo : ~hazwani~ at 10:08:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 5 March 2012

rinduku si fajra~

fajra nada nadifa~~
mak uda rindu sangat kat fajra, tahu?
bila boleh mak uda dukung fajra lagi ea.
bam bam sayang mak uda ni~~
heehe.


hahaa. mak uda ter'over' posing ler pulak. tengok tu fajra jelir 'bwek'.


candid! ahaha.

tiba tiba rasa macam teringin nak timang anak sendiri. amboi! lambat lagi wanie...itupun kalau ada rezeki, inshaAllah..belajar dulu nahh.

:)
*dalam hati ade taman ke wanie? entahlah..

the humble typo : ~hazwani~ at 10:12:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 2 March 2012

tokwan, happy birthday noh...

assalamualaikum, fuhh alhamdulillah what a wonderful morning today. i just finished my calculus class at 1000H and now it's time to have some rest, by blogging. yup. blog as much as i can on free time. and yeah, i post this entry at this very late. it's a tribute to one of my friends, whom just celebrated his 19th birthday recently.

28th of February 1993.
Muhammad Afiq bin Rahman Yusof.
haihh, dah tua hang nohh.


okay aku curi gambar ni kat fb dia. an awkward afiq. haha.

muka tak nampak macam askar pun kan?
macam budak budak. :)
well, he's kinda sweet guy. ramai ladies kat upnm ni yang usya and cakap dia comel. wahaha.
afiq ni, aku kenal dia sejak minggu kedua tunas wira, time tu latihan kawad.
mamat ni sentuh bab k-pop je, terus rancak cerita dia. haha. tak pun kalau sembang pasal anime-NARUTO. okey aku memang tak mahir kalau sembang korea jepun ni so aku dengar jela apa dia merapu.
paling tak bleh blah, dia ni peminat girls' generation dan dia pernah nyanyi lagu gee depan mata aku.
and at that moment, i was laughing like a mental person. comel kot dia buat gaya sekali, hahaa.
dan, afiq ni kan,
aku nak cakap kat ladies yang baca entry ni,
kalau dia propose korang mintak kahwin / tunang kan,
TOLONG LA ACCEPT!
dia caring kot. hahaa. aku ni sebagai kawan dia aku observe laa tiap tiap hari.
yang pastinya kalau dia propose aku, inshaAllah aku tak accept kot.
he deserves a better girl. haha bukan macam aku yang fumble ni.
dah comel tu, kena lah pair dengan yang comel kan.

afiq baik. lain daripada guys lain. rata rata yang kenal dia maybe akan rasa he's kinda slow and lemau. *and sebab tu kat sini orang panggil dia lemau, tapi he doesn't care much about that. bagus kan :') teddy bear domo-kun yang aku tunjuk haritu kan, dia lah yang kasi. huu dia akan try happy kan hati orang sekeliling dia, bukan setakat aku ja, ramai lagi dia buat macam tu.
dia memang kawan yang baik. baik. dia tak pandai nak marah atau maki maki orang, atau simple words, soft-hearted.

okay afiq kalau hang baca ni, habih kembang semangkuk laa dok tengok aku puji puji hang. ni cuma observation yang aku dapat sepanjang aku kawan dengan dia..walaupun aku ni agak tak berapa nak satu kepala dengan dia, tapi so far kami tetap kamceng.

well afiq, have a happy 19th birthday~ hang lagi tua daripada aku tapi aku pulak yang dok jadi nenek hang. haha apala. cucu tua -.-'' apa apapun semoga hidup hang sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sentiasa, inshaAllah. belajaq rajin rajin, commission dapat ijazah terus jadi engineer nah..lepastu barulah pikiaq nak bawak diri..oke :)

yang pastinya afiq still hutang aku belanja makan kat mapley. haha gurau ja..

okey i think that's all. assalamualaikum. :)

*this entry was posted later than the time stated above due to the business on the day before. i had to deal with TTS, evening parade and roll call as well besides preparing all the stuffs for standby bed at anytime. sorry.


the humble typo : ~hazwani~ at 10:41:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ubah.

sedar tak sedar, dah lima hari aku kekal macam ni.
wanie yang baharu. baharu kah? oh tidak.
aku masih wanie yang dahulu.

yang banyak cakap, yang bising, dan yang banyak songeh.
ya, masih macam dulu.
tak ada yang berubah, dan kalau ada pun mungkin sedikit.
sikit je. tak banyak yang aku mampu buat.

banyak mata memandang. ya, aku sedar tu.
dan memang aku kekok. gugup setiap kali melangkah.
jujur aku tak ingin dipandang sebegitu.
aku juga perempuan biasa, seperti rakan yang lain.

tapi alhamdulillah, reaksi daripada rakan satu kompeni setakat ini positif.
cuma aku bimbang ada juga mata yang memandang dengan makna yang sukar untuk ditafsir.
ah wanie, bersangka baiklah.
bersangka baiklah.

mudah mudahan Allah permudahkan jalan untuk kita semua.

istiqamah, ikhlas, rendah hati, wanie.
jangan kau terpesong daripada niat kau yang asal.

keredhaan Allah, itu satu satunya misi.
ringankan beban abah, sejukkan hati mak, itu visi.

kawan kawan, i'm still the old wanie. just act normally like those typical days okay. :)


alhamdulillah, semua yang baik itu datang daripada Allah. terima kasih Allah di atas keterbukaan hati ini.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:47:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ▼  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ▼  Mar (6)
      • "kenape kau asyik sorang sorang?"
      • so they are talking about the hijab.
      • a fine morning. :)
      • rinduku si fajra~
      • tokwan, happy birthday noh...
      • ubah.
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ►  2011 (49)
    • ►  Dec (14)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.