-->
"ThisIsHazwani."

Thursday, 31 March 2011

I Really Had A Big Crush on Big Time Rush. :)

Assalamualaikum..kita berjumpa lagi yaa readers sekalian :) harap semuanya sihat2 saja, insyaAllah...entry hari ini adalah mengenai satu band yg sy rasa, tak ramai orang kenal. Huhu agaknya depa ni low profile lah kot. 1st time sy find out about this band was on Nickelodeon, alaa channel cartoon yg slalu ada crita spongebob tuu...(hehe...sy still layan kartun ok) depa adalah casts yg berlakon dalam series yg diberi judul nama kumpulan depa sendiri. op! lupa nak bgtau nama band ni...it is BIG TIME RUSH. and don't ask me why did they give their band this kinda name. i have no idea =.=" maybe all members in the band agak kelam kabut? hyperactive? i dunno...slalunya kalau nak simple, sy panggil BTR ja...entah macam mana sy boleh minat BTR, rasa2nya depa punya lagu gempak kot...ala2 Backstreet Boys gitu. haha. actually i see this group macam ada 'chemistry' among the members, combination depa nampak ngam, walaupun karakter berbeza-beza...mmg best laa tgok perfomance depa...for those who doesn't know about BTR, here are some pictures that i grabbed :




sebagai intro, meh nak perkenalkan...kiri sekali, nama beliau Carlos. kedua kiri, Kendall. next to Kendall is James. dan yang paling kanan, Logan :)

setiap orang yang minat band ni mesti ada sorang guy favourite masing2. kalau sy, sy minat semua guys dalam band ni kecuali James. sorry James. haha maybe u are not my taste kot...paling suka ? ? ? of course KENDALL ! ! ! 
 
this is kendall. like him !

kenapa kendall? well...dia tinggi, rambut lawaaa, ada lesung pipit :)  comel sangat2. haha. and 1 more thing, kalau anda semua tgok TV series, karakter dia seakan2 matang, macam leader laa....hehe sbb yang lain tu agak keanak-anakan ;p

2nd, mesti laa Logan ! handsome kot dia ni...haha bila tengok sekali pandang macam innocent, dua kali macam intelligent, tiga kali macam handsome gilaa! haha. plus, dia pun ada lesung pipit okayy! haha memang taste sy suka mamat ada dimples ni...hehehe nah, take a closer look at his face :

love his smile :)

...and the 3rd one would be Carlos. he's kinda adorable lah, macam budak nakal. haha tapi mimik muka dia selalunya lawak lah, kalau nak tengok, anda silalah Youtube sendiri k...now this is Carlos :

cute, huh? yup, he is :) Carlos Pena is his commercial name.

...i guess that's all lah for today. insyaAllah on next entry i'll post about my wackiest day in 2011, which is yesterday. so, kalau you guys nak tau lebih lanjut pasal BTR, boleh klik untuk jenguk2 FB BTR, dan boleh klik "like" kalau suka...hehe. you better pick your favourite guy now!! which one? ? ? James, Logan, Carlos, or Kendall?? and you gotta listen to their hit songs, they're pretty rockin' :) i love Big Time very much.


Go on shake it up, what you gotta lose?
Go and make your luck with the life you choose
If you want it all, lay it on the line
It's the only life you got, so you gotta live it big time
 
So, happy exploring BTR! Chill! Assalamualaikum :)
the humble typo : ~hazwani~ at 01:25:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 29 March 2011

Afiqah Salmi (a.k.a fiqa smeon), HBB. :)

Assalamualaikum. it's me AGAIN. yeah who else is the author for this blog kalau bukan sayeee :) hehehehe...so, suke ati shayee laaar nak taip pape un....an? (shut up, you) haha geli betui. well, today's entry is about one of my chums, fiqa. hehe mai laaa cheq nak habaq...sbenaq nya kemarin birthday dia, tapi beliau tak berapa had fun celebrating her day. kalau pembaca2 semua tak percaya, anda boleh klik kat sini dan tengok apa dia tulis...

okay laa fiqa, since aku pernah post an entry to firas wishing him HB, aku buat jugak laa untuk hg okay :) Nurul Afiqah binti Salmi,

HAPPY BELATED BIRTHDAY LAH ! ! !

walaupun aku tak bagi hadiah, entry ni pun aku rasa dah cukup memadai....kan3? pasaipa? pasai satu dunia bacaaa!!! hahaha (actually followers aku recently 6 org jaa~ phuii) tapi boleh laa kan3? hehe peace :)

pesan aku :
  • jangan selalu senget kepala sangat bila snap gambaq,
  • further study rajin2 (i will not ask u nak further kos apa lepas ni)
  • jaga skrin handphone elok2 jgn sampai retak lagi,
  • jangan lupa aku, bandmate hg yg cun lagi gila2 ni...hehe...
  • dan cepat2lah beli audi supaya aku boleh tumpang drive :)
 and tomorrow insyaAllah, we are going out together :) dengan sapa lagi?? Uncle Firas, Adik Zahin, Kakak Najat, Syimir, Lisa, and many more lah kot...huhu kita hang out enjoy okay!! maybe 4 the last time sebelum masing2 further study... :(

those yang xkenal siapa itu fiqa smeon, this is her :

haha...candid. love your head :)

kakak dan adik :) actually bukan adik betul.


baru lepas tgok movie, narnia. firas sibuk lahh!
...and for those yang nak kenal dia lebih rapat, you all boleh add dia kat fb. but sorry, i won't provide the link here ;) kadang2 she doesn't accept strangers. okay. alaa senang follow saja la blog beliau...fyalalilafourteenity apa kebenda ntah, okay, HAPPY!









the humble typo : ~hazwani~ at 22:28:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

From L to P. :)

Assalamualaikum....just want to say....

from L....
to P... :)
that's all for today. happy ! :)
the humble typo : ~hazwani~ at 01:19:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 28 March 2011

Getting 9As, Just Like That, Is A Miracle For Me. But Again, Alhamdulillah...

Assalamualaikum, how's it doing? harap2 semua sihat laa oke...hmm well, sekarang boleh dikatakan masih kecoh lagi sebut pasal RESULT SPM. dan secara tak sengaja, ada laa some peeps yang terlajak, tanya pasal tips2 untuk dapat result cemerlang seumpama 10A+ atau 9A+...okey sebelum itu, saya bukan post entry ni untuk berlagak seolah-olah saya ni pelajar cemerlang, ingin diulangi sekali lagi bahawa result saya hanyalah 5A+ 2A 2A- 1B+ yaa...i believed that ramai lagi students yang dapat result which are more outstanding than mine. okay2, i'm talking too much! =.=" entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit sebanyak rahsia saya, since ada laa 2 3 kerat yg tanya. ini hanya sekadar info, terpulang kepada anda semua sama ada nak apply ataupun tak...saya tak kisah :) selalu kita dengar, every top student, for example, azali azlan, nur amalina, nik nur madihah and etc..depa ada cara tersendiri yg membuatkan depa succeeded in education. so pada entry kali ini, saya ingin berkongsi "cara saya yang tersendiri" memandangkan tak ada press yg interview saya pun...hehe (alaa setakat 9A1B buat apa nak kecoh?)

BEBERAPA "CARA HAZWANI YANG TERSENDIRI" :

1. bila belajar di dalam kelas, hazwani tunjukkan minat meskipun jauh di dalam hati, beliau agak tidak meminati matapelajaran itu. tempuhi segalanya !

2. hazwani cuba untuk tidak bersangka buruk terhadap ibu bapa dan guru. mengata tu ada lah sikit2, tapi sekadar berjenaka...bukan memburuk-burukkan mereka yaa..
3. hazwani cuba mengelakkan daripada semangat assabiah ketika berkawan. maksudnya di sini, saya tidak mempunyai "geng" yang selalu stick together everywhere. for me, it is not good, because kalau too close takut kita terikut-ikut dengan kawan, the way they act, their language...boleh kata probability untuk kita ikut perangai mereka amat tinggi. and 1 more thing, berkawan secara "geng" amat merimaskan. seumpama tiada kebebasan.

4. walaupun hazwani tidaklah menonjol dalam kalangan form5 (which means i am not in a group of the top scorers), beliau tetap mencuba untuk berdamping dengan top 10 students. beliau tidak berasa malu kerana baginya, semua orang adalah sama. dan jangkaannya memang betul, pelajar2 top tidak lokek ilmu dan sedia memberi tunjuk ajar bila hazwani memerlukannya. :)
5. tahun anda menghadapi peperiksaan penting tidak bermaksud anda dikekang daripada menjalani aktiviti kokurikulum. walaupun sibuk menumpukan perhatian terhadap spm, hazwani cuba menghadiri latihan pancaragam yang diadakan setiap minggu, kerana bagi beliau, latihan itu dianggap sebagai perkara yang menenangkan fikiran setelah penat belajar (alaa release tension lah!)

6. setiap malam ketika waktu persediaan (prep) di asrama, hazwani cuba untuk mengulangkaji mata pelajaran yang diminati, sesuka hati. yaa hazwani tidak pernah mempunyai jadual belajar, semuanya ditelaah mengikut keinginan hati. kalau tidak larat atau keletihan, hazwani akan tidur beberapa jam dan bangun semula untuk mengulangkaji.

7. hazwani sentiasa pastikan diri beliau mempunyai masa untuk tidur meskipun kerja sekolah tidak sempat disiapkan. tidur itu penting bagi beliau, jikalau tidak, beliau akan tertidur di dalam kelas pula. laaaagi paraaah!
8. hazwani sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada sifat marah. jikalau marah, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk tidak menghamburkan kata-kata kesat kepada orang lain. 

9. jikalau hari panas terik, hazwani hanya akan berdiam diri dengan tidak membunyikan ayat seperti "HAAIHH AWAT PANAIHHH SANGAT XTAU!" atau "EEEEE PANAIH LAAAA! (sambil kipas2 diri sendiri)" sabarlah, sesungguhnya panas di Padang Mahsyar lebih dahsyat daripada apa yang kita sedang alami.

10. hazwani juga akan cuba mengelakkan daripada menggunakan kata-kata kesat yang tidak enak didengari. perkataan-perkataan yang menyumpah seranah orang lain wajar dielakkan. bak kata p.ramlee, "bahasa menunjukkan bangsa".

11. hazwani ini memang agak banyak bercakap, tetapi ada masanya (kalau orang perasan), hazwani agak pendiam. sebarang perbualan yang agak keterlaluan sehingga mengganggu orang lain, hazwani hanya mendengar sahaja. ada pujangga berkata "manusia yang banyak bercakap adalah manusia yang berfikir secara sedikit".

12. hazwani seorang yang ceria juga, tetapi ketawa terbahak-bahak? memang kadang-kadang terjebak jugak lah, tetapi abang beliau cakap kalau terlalu gembira, nanti kita akan menangis pulak...huuu

13. apabila gagal mencapai target, hazwani akan cuba bersabar dalam berusaha..sabar sabar sabar, itulah motivasi yang paling berkesan, pengetua pun pernah cakap, "kalau kita tak dapat apa yang kita nak, sabar...." sampai sekarang, hazwani pegang kata-kata hikmah tu :)

14. elakkan berdampingan dengan pihak yang cuba menarik kita menjunam jatuh ke bawah. maksudnya? kawan-kawan yang selalu herdik, perli, tuduh macam-macam kat kita, sedangkan kita tak buat apa-apa salah pun kat depa...hazwani pernah alami perkara sebegini, banyak kali oke...the solution is, just IGNORE THEM. actually depa yang tak puas hati dengan kita...hanya tahu bercakap sahaja, tetapi usaha depa langsung kita tak nampak kan? so, buat tak tahu sajalah dengan depa k...

15. hazwani tidak berapa setuju dengan cadangan STUDY GROUP. bagi beliau, study group tak akan berhasil jika ahli-ahlinya melebihi 3 orang dan ke atas. lupakan lah study group, lebih elok kalau anda study sendiri, or cari partner SEORANG SAHAJA. itu cara hazwani, lebih menyenangkan, tak buang masa, cepat dan efektif. 

16. selalulah amalkan bacaan Surah Al-Waqiah pada waktu pagi selepas Subuh dan Surah Al-Mulk pada waktu malam sebelum tidur. setiap hari. dan jikalau berkesempatan, bacalah Al-Quran pada waktu lapang, kerana kita boleh dapat pahala banyak ouh...

17. elakkan makan terlalu kerap. makan sekadar badan kita perlukan sahaja. contohnya bila waktu recess kan, anda tak perlulah pergi ke kantin. better for you to take a walk around school. ataupun masa 20 minit tu isikan dengan pi surau, buat solat dhuha..ataupun ambil wudhuk pun dah cukup..sebab bagi hazwani, wudhuk itu boleh menyejukkan, menenangkan hati dan membuang rasa gelisah.

19. setiap kali cikgu buat kelas tambahan, please..JANGAN SKIP. sebelum SPM, hazwani hanya bergantung kepada bantuan guru sekolah SAHAJA, tanpa hadir ke tuisyen luar (maklumlah budak asrama). cikgu sekolah pun memang dah cukup awesome :) 

20. jangan lupa, setelah berusaha, akhiri dengan doa. dan lebih elok, kalau hidup seharian kita dilengkapi dengan doa. contohnya doa bangun tidur, pakai baju, keluar rumah, naik kenderaan, belajar, makan and so on..yang paling simple bila nak ke sekolah, hazwani akan baca "BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALALLAH." bila lepas jawab exam pun selalunya hazwani kan baca doa itu. kalau ada kesempatan lagi, sebelum start exam beliau akan cuba tunaikan solat hajat (kalau sempat laa)...

21. berkawanlah dengan semua orang. dengan rakan kelas lain, guru-guru, ibu bapa rakan-rakan, dan kawan-kawan daripada sekolah lain, contohnya SMKK, SMKTPB, SMKTJ dan sebagainya...jangan hadkan persahabatan anda k!!

22. jaga aurat anda. tidak kiralah sama ada anda lelaki atau perempuan, jagalah kehormatan anda. perempuan, elakkan lengan anda menjadi tatapan lelaki. lelaki, elakkan peha anda menjadi tatapan perempuan. malu lah, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.

23. jangan campur masalah peribadi dengan pelajaran. kepada yang sedang hangat berhubungan, be a professional. ready lah untuk terima segala kemungkinan. selalunya dekat-dekat exam laah dia buat hal, broke up lah, clash, bergaduh laa, it's complicated laah...bla3 whatever..hazwani pernah mengalami keadaan sebegini tetapi alhamdulillah, Allah telah kuatkan hati beliau untuk menempuhinya...

...banyak kan? huhu itu lah tips-tips budak unik ni...mana-mana yang anda rasa sesuai, cubalah apply...kalau tak sesuai, then you better stop it. ok..good luck for your future! i pray you all the best~~ 

Assalamualaikum...happy!

p/s : maaf kalau bahasa agak skema yet tunggang langgang. haizzz~ and entry ini bukanlah untuk membanggakan diri...sebenarnya ini adalah motivasi untuk saya jugak agar tidak mudah lupa diri :)
the humble typo : ~hazwani~ at 02:51:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 27 March 2011

Thanks For Everything, Teachers :)

Assalamualaikum. This entry is dedicated special to my teachers when i was in SPM year :) 2010.

Thank You, 

CIKGU NORIZATUN. mathematics.
your jokes are still in my head :)

TEACHER INTAN. english.
you rock! there's no feeling of boredom in your class.

USTAZAH ZAINAB. pendidikan islam
made me happy everyday :)

CIKGU ZAITON. bahasa melayu
taught me to use a better sentence for essays.

TEACHER DIYANA. est
keep teaching me and friends with patience.

MR. SHASHA. :) chemistry
for all the formulas you have provided.

MR. ZAWAWI. physics
always stay cool in every condition.

CIKGU ABBY. reka cipta
giving me support towards the project.

CIKGU RAHIM. sejarah
made me interested in learning sejarah eventhough sometimes, i didn't finish the homework..

CIKGU ZANARIAH. additional mathematics
i salute you. you encouraged me not to give up in doing addmaths. :'(

jasa cikgu-cikgu semua amat tidak mampu saya balas. May Allah bless you all everyday. Amin.
the humble typo : ~hazwani~ at 15:57:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 26 March 2011

What Else Would I Want to Say? Nothing But Alhamdulillah :) PART 2

Assalamualaikum...well hello there, World!! sorry again, AnwarHadi =.="

i don't want to talk much, and here are some pictures that I captured on 23rd of March. Enjoy :)


some names of the scorers. i'm not listed :( *still happy okay*


syamer is looking through his own result :)

i love u cikgu zanariah :) i promised i'll study harder for addmath in uni..thanks for your sacrifications, hehe

husna and adzira :)
farahin the innocent face :)

this is what i got....look inside those circles : A+ FOR RC, but B+ FOR CHEMIST...hey, look at my GCE-O, it's 2A :) not bad, i think? Alhamdulillah... :)



last but not least, i'd like to congratulate all 2010 SPM candidates for our outstanding achievement. we had done our best, rite folks? dapat straight As or tak, it doesn't matter actually. not the end of the world laah!! so, chillex saja...pandai2 lah kita cari peluang bila masuk ipt nanti...and yang penting, keep working on your dream k!! still ada masa untuk cemerlang dalam pelajaran...tapi2, akhirat pun jangan lupa tau...(pesanan untuk diri sendiri jugak :) )
the humble typo : ~hazwani~ at 00:15:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 25 March 2011

What Else Would I Want to Say? Nothing But Alhamdulillah :) PART 1

Assalamualaikum...how's it hangin' ya?? alamak sorry AnwarHadi  =.="

Alhamdulillah....Alhamdulillah.....Alhamdulillah....macam mana pun result sy, sy terima dengan redha :) Jadi alkisah tanggal 23 Mac 2011 jam 10 pagi, keputusan SPM pun dikeluarkan....pagi tu, sy bangun sangat awal (sebelum ni xpernah pun macam tu. ahaks) mungkin sebab terlalu chuak, atau terlalu excited? i don't really know...tapi pagi tu memang sy bersiap awal laa...huu pukul 8.30 dah mandi :) (selalunya lebih lewat) hehe semangat lah katakan...lepas tu sy pun start motor, salam ngan mak, tok (sy tak bagi mak ikut sebab ada plan...hehe) opp, hehe diteruskan cerita, sy pecut pi stesen bas padang serai...dah janji dengan hajar, adzira and husna nak konvoi, hehe...tapi apa nak buat kan, tunggu dari pukul 9.30, husna mai lewat la plak der...so start jalan pukul 10...sebelum mula jalan tu memang dah rasa macam2 dah, salah satunya NAK TERMUNTAH...tak tahu la, mungkin memang habit sy, bila nervous saja mulalah rasa mual, perut memulas... =.=" alhamdulillah, chuak2 pun kami sampai sekolah dengan selamat tepat jam 10.35...hehe (hajar tak berani nak pecut laju2 sebab tu agak lewat yaa) then kami pun jalan laa dengan kengkang (sebab lenguh duduk atas motor setengah jam) pi dewan terbuka...memang dah tak ramai orang masa tu...jadi, sy straight away pi kat meja kelas 5SC2 , cikgu norizatun dengan teacher intan ada kat situ...kemudian....

cikgu nori : (dari jarak kira2 6 meter) haaa...tu dia hazwani, panjang umoq...baru cakap pasal kamu.
hazwani : ya ka cikgu? err...huhu ni sy mai nak amik result dah la ni....(ayat lazim ketika chuak)
cikgu nori : mai duduk dulu...
hazwani : .....(ikut cakap cikgu)
cikgu nori : hazwani...sebenaqnya cikgu sayaaang sangat dengan result kamu...sayanggg sangat2....
hazwani : kenapaaa cikgu? kenapaa dengan result sayaaa???? (dalam hati dah ingat yg bukan2 dah)
cikgu nori : sayaang hazwani...sikit jaa lagi...dah nak dekat dah....(sambil hand over result kpada sy)
hazwani : ...........(meneliti dan menjerit di dalam hati) WHAT????

...and this is what i got :
  • Bahasa Melayu ---> A+ (target A sahaja... :) )
  • Bahasa Inggeris ---> A+ (ni pun target A jugak.... :) )
  • Pendidikan Islam ---> A+ (masa exam mmg x confident...target A-....but... :) )
  • Sejarah ---> A (yang ni lagi laaa x sure...target B+ :) )
  • Mathematics ---> A+ (maths mmg wajib score A+!!! :) )
  • Additional Mathematics ---> A- (this one, i was totally amazed. target B.)
  • Reka Cipta ---> A+ (time exam, soalan dirasakan sangaat susah....target A-)
  • Physics ---> A- (it freaks me out!! rasanya masa jawab haritu loqlaq gilaaaa...target B)
  • Chemistry ---> B+ (i was not hoping for a better grade...C+ was my target)
  • English for Science and Technology ---> A (what??? i thought i'll get an A- or B+ for EST!)
....dan itulah kisahnya...target hanya satu sahaja yang tepat, yang lain2...better than what i targeted...what else would i say?? Alhamdulillah :) cikgu nori ingat sy akan menangis sebab failed to get 10As...tapi kan...jauh di hati sy langsung tak frust langsung :) sebab apa??? sebab....tengok lah apa yg sy target...i was thinking that i'll get at least 6As only...tapi, ini semua rezeki Allah bagi...i didn't cry, but cikgu nori did. tears were rolling on her cheek and i saw that obviously. last2, sy pulak yg kena comfortkan cikgu....heheeee :)

hmm i think that's all lah yg sy nak cerita dalam entry kali ni...panjang sangat nanti jenuh nak scroll down kan? hehe...bersambung di dalam PART 2...and insyaAllah i'll upload some pictures that i snapped that day..

Happy! :)
the humble typo : ~hazwani~ at 00:42:00 1 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 22 March 2011

OK. It's SPM 2010 Result That Will Come Out On 10am.

Assalamualaikum.

This is it, the only thing that all 18-year-old youngsters are waiting for. (ehhh betul ka apa yg sy cakap nih). what is it, again??? yayyy, the SPM RESULT. alamak, right now i am feeling terrible, horrible, disposable, (heh?) and many more "-able"s...sebelum ni dok bising sangat "bila result nak kluaqqqq...." now, mula la dok freaking terrified (manusia...biasa la macam2 ragam) ok2 whatever lahhh...

by then, esok sy akan pergi ke sekolah, bersama uchna, menunggang motorsikal wave110 sy :) (mak x ikut sebab sy x kasi hehehe...) dengan penuh tawakkal sy melangkah bersama debaran di dada (chewahh) ... anyway, i try to encourage myself to accept everything, no matter how it is... it's not the end of the world laa...kan3? hehe...

apa2pun, sy pray the best untuk semua rakan2 sebaya sy 1malaysia....semoga khabar gembira bertiup di telinga kita esok :)

p/s : firassss! x sabar nak ligan mak hg esok :)
the humble typo : ~hazwani~ at 23:20:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 21 March 2011

Wajah Yang Menyenangkan :)

Assalamualaikum...dah dua hari sy x update entry. well takmau la nak ckp byk2, recently sy ada baca majalah Solusi isu #29, dan sy tertarik dengan artikel yg hmm...bolehla dikatakan ringkas :) <but before that maaf to Solusi sbb sy adapt sikit artikel anda> tentang WAJAH YG MENYENANGKAN. menyenangkan? mcm mana tu? kacak / cantik kah? muka kena lawa, baru menyenangkan kah? hmm bagi sy laa kan, not exactly lah...muka comel mcm mana pn kalau hati x bersih, nmpak "something wrong" kan? hu...meh sy share apa yg sy baca hari tu...< sy edit sikit so that jadi ringkas >

Persepsi kita thadap every person yg kita jumpa depends on wajahnya. Daya tarikan pd wajahnya bknlah KECANTIKAN SEMATA-MATA. Kdg2, org yg x mekap cantik2 pn bleh nampak berseri je kan muka dia? So, mcm mana kita nak pamerkan wajah yg menyenangkan ni semudah ABC?
1st skali, NIAT KENA IKHLAS.
Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi stiap manusia itu (balasan) apa yg telah diniatkan". Kalau kita niat baik kerana Allah, scara x langsung kita dah buat 1 ibadah yg mendatangkan pahala untuk kita :) best tau...so bila nak senyum, buat dgn rela hati..xmau ar senyum sinis ke, senyum jahat ke, yg tu xmau...ok2 secara saintifik plak kan, org yg ikhlas ni akan keluarkan tenaga dalaman positif yg terpancar melalui getaran atau glombang (brain waves) yg hanya dirasai dgn gerak hati atau intuisi. org yg mendampingi kita akn dpt rasa aura ni...paham x pa yg sy cakap ni? lebih kurang camni laa...bila kita jumpa ngan org yg kita x suka kan, pastu kita rasa x senang, pastu jadi panas...bila dia tgok muka kita dia akan tau yg kita xsenang ngan dia...huhu betul ka pa yg sy ckp ni. hehe xpalah, so bila kita mertemu dgn seseorang, kita kena jaga niat kita...jgn la wat muka benci wlaupun mmg kita xsuka dia...be a professional k!!

2nd,  SENYUMAN.
kan orang selalu ckp "Senyum itu sedekah". mmg xbleh deny laa, snyum ni menceriakan n memaniskan penampilan kita...dan3 mampu jdi penawar kpd pnyakit rohani yg kronik taw. Menurut kajian kan, org yg selalu senyum akn dapat keluarkan endorphin dalam bdn yg mampu buat dia rasa lega, selesa n happy :) kan ada lagu pasal Senyum...kan3?
Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini,
Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, dunia tiada penyakit :)
hehe...actually sy xbrapa suka lagu ni...but just taking its lyrics as an example x salah kan....

3rd, WAJAH CERIA.
kalau tonton astro ceria, dptlah wajah ceria :) hehe well, keceriaan ni ialah anugerah Allah yg x terhingga kpd manusia, bpunca drp lubuk hati yg bersih dan suci...bila kita rasa senang n bahagia, automatically muka kita akan jdi ceria. Bila kita ceria, orang2 sekeliling yg tengok kita pn akan terhibur...kan satu kebaikan tu? Sabda Rasulullah SAW, "Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria". so, be happy everywhere...tapi jgn over sangat tau, xperlu sampai ketawa terbahak-bahak....nnti jadi musibah plak....kita sbagai muslim kena bersederhana... :)

4th, KATA-KATA YANG MENYENANGKAN.
mmg lumrah alam, semua manusia suka bila dapat pujian dan appreciation...kembang semangkuk gitu :) pujian2 dapat motivate org yg menerimanya supaya lebih maju lagi...tahukah anda ucapan yg baik dengan penuh kemesraan dpat memikat hati org yg mendengarnya? hehe firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 38, mafhumnya : "Dan ucapkanlah kata-kata baik kepada manusia". xmau la lempar kata-kata yg kotor, caci-caci org k, apa prasaan anda bila satu hari nanti org lain pulak yg sumpah seranah anda dgn kata-kata sebegitu...mesti rasa hina kan? mcm tu la prasaan org yg anda caci tu....nauzubillah mintak dijauhkan ya....and sy x nafikan bahasa remaja zaman sekarang mmg agak 'brutal'...yg mana yg x elok mntak jgn disebut ok....hu

5th, PENAMPILAN YANG MENARIK
95% badan seseorang muslim dilitupi oleh pakaian. identiti kita banyak bergantung pada cara kita berpakaian, contohnya klau kita pkai uniform skola, org akan tau yg kita ni student :) 1st impression laa katakan...but the truth is, ada risiko jgak mngenai pakaian ni...faham2 laa kan, kalau pakai terbuka aurat sikit mula la org nak cop macam2, meskipun dalam hati kita bukan drp golongan yg depa sebut tu...kan3? oleh itu, pilihlah pakaian yg menarik dan sesuai dgn keadaan dan suasana supaya orang senang melihat kita :) xdala org nak kata mcm2 kan? nsihat untuk diri sndiri jugak....

hmmm itu sajalah yg sy dpt share dgn readers sekalian...little, but not least....harap lpas ni semua org akan memiliki wajah yang menyenangkan, mampu buat ati semua orang lembut....ok :)

p/s : kalau anda semua nak beli majalah, sy rekemen Solusi. best, padat dgn info...hanya RM9 sahaja di semenanjung malaysia...sesuai utk semua jenis umur :)
the humble typo : ~hazwani~ at 14:24:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 19 March 2011

Russ Harith, HBB :)

heyyyy soul sister! haha aku dah lupa macam mana evolusi "soul sister" ni bleh menular sampai jadi teruk kita dok gebang firas oi......(TRAIN mesti nangis tersengguk2 kalau depa dengaq kita bgi hancoq lagu depa! nalla pnya!!)

actually this post has to be typed on 16th of March. huhu because i was too busy, i only have time to type it NOW. really sorry firas, alaa lagipun hg bukannya bother pasal blog aku kan? haha. aku sajaa ja nak bagi semak samun skit blog ni...anyway, anyhow, 

HAPPY 18TH BELATED BIRTHDAY ! ! !

ingatlah bahawa semakin hari, anda semakin tua..hehe kita semua akan tua lah! and pesan aku, jangan lupa diri bila dah study abroad nanti...sorry i have no present to give, nothing but just a special wish :) apa yg special? yaaa the word "belated" of course! hehe mmg aku jahat :) ang kenai laa aku mcm mana kan...

sapa2 yg xbrapa nak kenai firas, ni haa his pic at 17 years old :

yang sebelah kanan yaaa....

okay, pimples masih banyak...tonyoh lagi dengan cleanser yaa... :) and may our friendship lasts forever...

HEYYY SOUL SISTER ! ! !

p/s : jangan lupa aku k!!!
the humble typo : ~hazwani~ at 14:32:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 15 March 2011

it's time for me to change this blog's appearance :)

Assalamualaikum...actually saya xdalah nak ckp pnjang lebar...just want to say...

BLOG INI AKAN DI'RECONSTRUCT' BERTUKAR MENJADI SEDIKIT....'baik' :)

perkataan "sedikit" tu bknnya apa...we start from the bottom dulu k!! and saya x berani nak ubah blog ni secara drastik yaaa...takut nanti usaha x menjadi...bak kata org, biar lambat asalkan selamat :)

so blog ini baru 60% siap...pengisian2 yang baik belum dimasukkan lagi...sekarang baru tengah cari bahan :)  yaaa...saya ingin berubah!!
jadi, nantikan dengan sabar yaa...insyaAllah akan muncul dalam masa yang terdekat :)
the humble typo : ~hazwani~ at 23:16:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 12 March 2011

kenapa saya minat lionel messi? :)

kenapa saya minat messi? (a.k.a LIONEL ANDRES MESSI nama penuh beliau) hehehe mari kita selongkar ada apa dengan messi~~~

:: satu ::  muka messi comel :) tengok ni :
 
 
comel sangat kan? :)

:: dua :: rambut messi lawaaaa :) xpcaya? ni haa

hehe..lawa laa ni...kan3? :)

:: tiga :: dia pakai jersi number 10 :) go go go #10!

btw, birthday saya kan 10.10....huhu :)

:: lastly :: he's the champion....haha see, ronaldo, torres, david villa, rooney, SEMUA kalah dengan messi okay :)

best football player ever!

....cuma satu ja benda yg saya kureng kagum ngan messi ni...huhu dia x reti speaking english! huuu xpalah, janji terer sumbat gol! yeah messi!!

p/s : frank lampard n fernando torres pun saya suka jugak :)
the humble typo : ~hazwani~ at 15:05:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 10 March 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

fuh! alhamdulillah akhirnya berjaya jugak ana melaksanakan hasrat yang sudah lamaaa terpendam ini...(thanks to Nurul Afiqah Salmi yang telah banyak membantu ana dalam usaha design-mendesign blog ni....nanti aku belanja ang mcflurry naa...hehe

INILAH BLOG TERBAHARU SAYA! YAAA
iieeeuuuu~~~~pom! pom! munge api!! disusuli tepukan dan sorakan para penonton....siap ada yng baling bunga lagi :) bravo lah wanie!

walaupun tidaklah siap sepenuhnya...(sebab editing dia sangat susah dan pening kepala), tetapi sekurang-kurangnya ana dapaaat jugak tulis entry sulung ini...huhu. excited sangaaat nih! heee x sabaq rasanya nak post entries yg padat dgn maklumat untuk dikongsi bersamaa...

ok2, sempena pelancaran blog terbaharu ini, ana nak jgak la invite kwn sorang kwn ana yg betul2 mendambakan link bagi blog ini...siapa dia yaa? hehehe jeng3....

dipersilakan cik Nisaa Lee untuk melawat2 blog yg serba ringkas ini...huhu xdalah secantik blog nisa, tapi....bolehlaaaa kan? for a beginner...hehe

jam sudah menunjukkan pukul 4.45 pagi waktu malaysia tetapi ana belum tido. sekarang dah menguap 7 8 kali tndanya dah mengantuk :)

kita jumpa lagi dalam entry di lain kali yaaa :)
assalamualaikum.

p/s : selain drp blog, jom la singgah Facebook tuan punya blog ini. hehe
the humble typo : ~hazwani~ at 04:53:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ►  Dec (14)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ▼  Mar (13)
      • I Really Had A Big Crush on Big Time Rush. :)
      • Afiqah Salmi (a.k.a fiqa smeon), HBB. :)
      • From L to P. :)
      • Getting 9As, Just Like That, Is A Miracle For Me. ...
      • Thanks For Everything, Teachers :)
      • What Else Would I Want to Say? Nothing But Alhamdu...
      • What Else Would I Want to Say? Nothing But Alhamdu...
      • OK. It's SPM 2010 Result That Will Come Out On 10am.
      • Wajah Yang Menyenangkan :)
      • Russ Harith, HBB :)
      • it's time for me to change this blog's appearance :)
      • kenapa saya minat lionel messi? :)
      • Bismillahirrahmanirrahim.

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.