Assalamualaikum, how's it doing? harap2 semua sihat laa oke...hmm well, sekarang boleh dikatakan masih kecoh lagi sebut pasal RESULT SPM. dan secara tak sengaja, ada laa some peeps yang terlajak, tanya pasal tips2 untuk dapat result cemerlang seumpama 10A+ atau 9A+...okey sebelum itu, saya bukan post entry ni untuk berlagak seolah-olah saya ni pelajar cemerlang, ingin diulangi sekali lagi bahawa result saya hanyalah 5A+ 2A 2A- 1B+ yaa...i believed that ramai lagi students yang dapat result which are more outstanding than mine. okay2, i'm talking too much! =.=" entry kali ni, saya nak berkongsi sedikit sebanyak rahsia saya, since ada laa 2 3 kerat yg tanya. ini hanya sekadar info, terpulang kepada anda semua sama ada nak apply ataupun tak...saya tak kisah :) selalu kita dengar, every top student, for example, azali azlan, nur amalina, nik nur madihah and etc..depa ada cara tersendiri yg membuatkan depa succeeded in education. so pada entry kali ini, saya ingin berkongsi "cara saya yang tersendiri" memandangkan tak ada press yg interview saya pun...hehe (alaa setakat 9A1B buat apa nak kecoh?)
BEBERAPA "CARA HAZWANI YANG TERSENDIRI" :
1. bila belajar di dalam kelas, hazwani tunjukkan minat meskipun jauh di dalam hati, beliau agak tidak meminati matapelajaran itu. tempuhi segalanya !
2. hazwani cuba untuk tidak bersangka buruk terhadap ibu bapa dan guru. mengata tu ada lah sikit2, tapi sekadar berjenaka...bukan memburuk-burukkan mereka yaa..
3. hazwani cuba mengelakkan daripada semangat assabiah ketika berkawan. maksudnya di sini, saya tidak mempunyai "geng" yang selalu stick together everywhere. for me, it is not good, because kalau too close takut kita terikut-ikut dengan kawan, the way they act, their language...boleh kata probability untuk kita ikut perangai mereka amat tinggi. and 1 more thing, berkawan secara "geng" amat merimaskan. seumpama tiada kebebasan.
4. walaupun hazwani tidaklah menonjol dalam kalangan form5 (which means i am not in a group of the top scorers), beliau tetap mencuba untuk berdamping dengan top 10 students. beliau tidak berasa malu kerana baginya, semua orang adalah sama. dan jangkaannya memang betul, pelajar2 top tidak lokek ilmu dan sedia memberi tunjuk ajar bila hazwani memerlukannya. :)
5. tahun anda menghadapi peperiksaan penting tidak bermaksud anda dikekang daripada menjalani aktiviti kokurikulum. walaupun sibuk menumpukan perhatian terhadap spm, hazwani cuba menghadiri latihan pancaragam yang diadakan setiap minggu, kerana bagi beliau, latihan itu dianggap sebagai perkara yang menenangkan fikiran setelah penat belajar (alaa release tension lah!)
6. setiap malam ketika waktu persediaan (prep) di asrama, hazwani cuba untuk mengulangkaji mata pelajaran yang diminati, sesuka hati. yaa hazwani tidak pernah mempunyai jadual belajar, semuanya ditelaah mengikut keinginan hati. kalau tidak larat atau keletihan, hazwani akan tidur beberapa jam dan bangun semula untuk mengulangkaji.
7. hazwani sentiasa pastikan diri beliau mempunyai masa untuk tidur meskipun kerja sekolah tidak sempat disiapkan. tidur itu penting bagi beliau, jikalau tidak, beliau akan tertidur di dalam kelas pula. laaaagi paraaah!
8. hazwani sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada sifat marah. jikalau marah, beliau akan mencuba sedaya upaya untuk tidak menghamburkan kata-kata kesat kepada orang lain.
9. jikalau hari panas terik, hazwani hanya akan berdiam diri dengan tidak membunyikan ayat seperti "HAAIHH AWAT PANAIHHH SANGAT XTAU!" atau "EEEEE PANAIH LAAAA! (sambil kipas2 diri sendiri)" sabarlah, sesungguhnya panas di Padang Mahsyar lebih dahsyat daripada apa yang kita sedang alami.
10. hazwani juga akan cuba mengelakkan daripada menggunakan kata-kata kesat yang tidak enak didengari. perkataan-perkataan yang menyumpah seranah orang lain wajar dielakkan. bak kata p.ramlee, "bahasa menunjukkan bangsa".
11. hazwani ini memang agak banyak bercakap, tetapi ada masanya (kalau orang perasan), hazwani agak pendiam. sebarang perbualan yang agak keterlaluan sehingga mengganggu orang lain, hazwani hanya mendengar sahaja. ada pujangga berkata "manusia yang banyak bercakap adalah manusia yang berfikir secara sedikit".
12. hazwani seorang yang ceria juga, tetapi ketawa terbahak-bahak? memang kadang-kadang terjebak jugak lah, tetapi abang beliau cakap kalau terlalu gembira, nanti kita akan menangis pulak...huuu
13. apabila gagal mencapai target, hazwani akan cuba bersabar dalam berusaha..sabar sabar sabar, itulah motivasi yang paling berkesan, pengetua pun pernah cakap, "kalau kita tak dapat apa yang kita nak, sabar...." sampai sekarang, hazwani pegang kata-kata hikmah tu :)
14. elakkan berdampingan dengan pihak yang cuba menarik kita menjunam jatuh ke bawah. maksudnya? kawan-kawan yang selalu herdik, perli, tuduh macam-macam kat kita, sedangkan kita tak buat apa-apa salah pun kat depa...hazwani pernah alami perkara sebegini, banyak kali oke...the solution is, just IGNORE THEM. actually depa yang tak puas hati dengan kita...hanya tahu bercakap sahaja, tetapi usaha depa langsung kita tak nampak kan? so, buat tak tahu sajalah dengan depa k...
15. hazwani tidak berapa setuju dengan cadangan STUDY GROUP. bagi beliau, study group tak akan berhasil jika ahli-ahlinya melebihi 3 orang dan ke atas. lupakan lah study group, lebih elok kalau anda study sendiri, or cari partner SEORANG SAHAJA. itu cara hazwani, lebih menyenangkan, tak buang masa, cepat dan efektif.
16. selalulah amalkan bacaan Surah Al-Waqiah pada waktu pagi selepas Subuh dan Surah Al-Mulk pada waktu malam sebelum tidur. setiap hari. dan jikalau berkesempatan, bacalah Al-Quran pada waktu lapang, kerana kita boleh dapat pahala banyak ouh...
17. elakkan makan terlalu kerap. makan sekadar badan kita perlukan sahaja. contohnya bila waktu recess kan, anda tak perlulah pergi ke kantin. better for you to take a walk around school. ataupun masa 20 minit tu isikan dengan pi surau, buat solat dhuha..ataupun ambil wudhuk pun dah cukup..sebab bagi hazwani, wudhuk itu boleh menyejukkan, menenangkan hati dan membuang rasa gelisah.
19. setiap kali cikgu buat kelas tambahan, please..JANGAN SKIP. sebelum SPM, hazwani hanya bergantung kepada bantuan guru sekolah SAHAJA, tanpa hadir ke tuisyen luar (maklumlah budak asrama). cikgu sekolah pun memang dah cukup awesome :)
20. jangan lupa, setelah berusaha, akhiri dengan doa. dan lebih elok, kalau hidup seharian kita dilengkapi dengan doa. contohnya doa bangun tidur, pakai baju, keluar rumah, naik kenderaan, belajar, makan and so on..yang paling simple bila nak ke sekolah, hazwani akan baca "BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALALLAH." bila lepas jawab exam pun selalunya hazwani kan baca doa itu. kalau ada kesempatan lagi, sebelum start exam beliau akan cuba tunaikan solat hajat (kalau sempat laa)...
21. berkawanlah dengan semua orang. dengan rakan kelas lain, guru-guru, ibu bapa rakan-rakan, dan kawan-kawan daripada sekolah lain, contohnya SMKK, SMKTPB, SMKTJ dan sebagainya...jangan hadkan persahabatan anda k!!
22. jaga aurat anda. tidak kiralah sama ada anda lelaki atau perempuan, jagalah kehormatan anda. perempuan, elakkan lengan anda menjadi tatapan lelaki. lelaki, elakkan peha anda menjadi tatapan perempuan. malu lah, sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.
23. jangan campur masalah peribadi dengan pelajaran. kepada yang sedang hangat berhubungan, be a professional. ready lah untuk terima segala kemungkinan. selalunya dekat-dekat exam laah dia buat hal, broke up lah, clash, bergaduh laa, it's complicated laah...bla3 whatever..hazwani pernah mengalami keadaan sebegini tetapi alhamdulillah, Allah telah kuatkan hati beliau untuk menempuhinya...
...banyak kan? huhu itu lah tips-tips budak unik ni...mana-mana yang anda rasa sesuai, cubalah apply...kalau tak sesuai, then you better stop it. ok..good luck for your future! i pray you all the best~~
Assalamualaikum...happy!
p/s : maaf kalau bahasa agak skema yet tunggang langgang. haizzz~ and entry ini bukanlah untuk membanggakan diri...sebenarnya ini adalah motivasi untuk saya jugak agar tidak mudah lupa diri :)
No comments:
Post a Comment