Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sekali. :)
Mulakan harimu dengan senyuman. Ya. Sebab? Hari ini hari Isnin, mukadimah bagi semester kedua di UPNM..yayy. Badan aku pun dah mengembang dek cuti raya dua minggu. DUA MINGGU okey. Macam macam juadah aku telan. Nama saja puasa enam, tapi bila waktu berbuka, nauzubillah nasik tu tak sah kalau tak tambah dua pinggan. Okey stop it, cuti dah habis. Masa untuk slim and trim pulak..haha
Alhamdulillah, pada 11 1020H September 2011 (11 september 2011, pukul 10.20) aku selamat sampai UPNM..naik bas 0000H dari Kulim ke Puduraya, tiba 0620H solat subuh di sana, breakfast di McD, naik LRT terus ke Sg Besi dan ambil teksi balik ke UPNM. Subhanallah perjalanan yang memenatkan. Kemas kemas bilik kemudian tidur sekejap (rutin harian, muahaha) Petang 1800H baris briged, sampai 1925H (biasa laa jangan terkejut) naik bilik solat Maghrib dan merapu..okey itu sedikit sebanyak cerita pasal balik kampus..
Hari ni pulak? 0530H bangun pagi (lewat!) macam mana laa aku tak dengar bunyi jam loceng aku yang macam bom jangka tu =.=" bangun bangun bangun ambik towel terus mandi sampai terketar ketar kepala lutut sebab sejuk, Subhanallah! Pakai laa pakaian kebangsaan setiap hari iaitu loreng, solat Subuh kemas kemas dan secure barang barang yang patut, pakai spike boots dan terus chow turun bawah, breakfast. 0645H baris, ingatkan master parade rupa rupanya bukan. baris, nyanyi lagu, ikrar, doa, dan announcements pastu terus keluar baris. Then ke kelas, start la SEMESTER KEDUA. (result final exam sem 1 belum keluar, even if it comes out, i won't tell you here..haha gotcha.)
Ingatkan dah start lesson, aku tunggu laa depan pintu kelas yang berkunci tu berbekal semangat dan keazaman yang tinggi nak belajar (poyo) tapi bila dah masuk kelas, lepak lepak kat situ sementara tunggu lecturer masuk, group STP1 kena give priority sebab senior nak pakai kelas tu..terpaksalah merempat kat port lain, kelas sebelah. Our first subject for today is Chemistry 2, tapi belum sentuh apa apa topik. Cuma briefing pasal syllabus then merapu merapu. Class ended on 1000H, 1100H continued with Computer Literacy, combined with STP2. Baru meriah beb! Haha..quite interesting briefing pasal CL, harap harap aku boleh carry subject ni..InsyaAllah, amin.
1200H out for lunch, ingatkan dapat jumpa AngryBird tapi batang hidung pun tak nampak. =.=" takpela aku makan ngan geng 11-06. Lepas makan naik atas, rehat jap then solat Zohor. 1435H chow turun bawah sebab ada kelas Chemistry Lab. Chuak gak sebab aku tak tahu kat mana makmal, therefore my classmate Aida and I decided to search for the lab. Sementara tunggu masuk lab bebudak STP1 lepak lepak dulu kat luar, yelah lecturer belum sampai mana boleh masuk sesuka hati. Yogaraajan, our group IC (In Charge a.k.a class rep) ambik kesempatan distribute jadual..wahh bertambah banyak subjek, dan paling best, kelas petang 1500H-1700H hari Isnin HINGGA Khamis. Tunggu punya tunggu rupa-rupanya lab tak boleh guna lagi dalam masa dua minggu ni. And kami kena tempah lab coat, semua orang WAJIB ada. (alamak duit lagi~~) tapi takpalah, nak belajar punya pasal, lagipun aku dapat gaji apa..so, Chemistry Lab for today is assumed as cancelled (hooray) and all of us went out, marching off to Satria Apartment (bilik lah.)
RELAXATION. Terkejut ah sebab hari ni relax gila. Aku ingat petang ni kelam kabut dengan kelas habis pukul 5.00 petang, cepat cepat tukar game order dan solat Asar lepastu akan kena hell masa PT. Rupa-rupanya tak pun. So tepat jam 1700H siap game order, layout kerusi study kat luar bilik, staf nak check bilangan..then riadah masa sendiri. Aku, Bibah, Antasha dan Afifa decide nak turun jogging round UPNM (2.4KM kalau korang nak tahu jarak kami jog) within 11 minutes. Okey aku admit PENAT JUGAK LA sebab dah lama tak buat fitness kan. But at least we had an effort to re-build up our stamina (alah slow slow pun takpee) Bibah paling perform, siap top up lagi satu round jogging dengan Syakir :) pergh bibah. Aku dah mengah mengah terus naik atas cool down. Kalau jogging dengan AngryBird baru ada semangat sikit kot nak top up. haha. Tu la, sehari ni tak nampak dia pun. Takpee. Hari esok masih ada, insyaAllah. Lagipun tak manis jumpa selalu selalu.
Malam ni pun aku heran jugak apasal laa rilek sangat sampai aku boleh ada masa nak tulis post panjang panjang macam ni. Sepatutnya ada prep hour, tapi kami tak dapat arahan apa apapun, so study dalam bilik jelah..esok pulak entahla, life sebagai askar ni biasa la, sentiasa penuh dengan misteri dan perkara yang belum pasti. Tak lupa juga, penantian yang tak boleh belah lamanya. Therefore, mental physical kena prepared. Dan semestinya, tomorrow should be better than today, insyaAllah.
here are some pictures yang berkenaan dengan riadah, but the photos were not taken today :
baris pagi..sebelum start PT |
okey. ini adalah PT Jack Knife. |
Horse and Jockey. |
morning walk! encik nel comel :) |
FYI, pakaian putih itulah yang dinamakan game order.
pen-off, Assalamualaikum.
*kek kurma sedap! yum yum :)
*lepasni maybe tak dapat study sama sama dengan AngryBird kat library dah..jadual tak sama :(
No comments:
Post a Comment