hijau kuning semangat kedah, hijab hijau semangat Delta!
assalamualaikum friends, readers and stalkers as well. :) no loads of entries recently, huh? actually i was not in the mood of writing that time. getting busy with all stuffs, assignments, preparations again and again.
well, back to malay. nak dikisahkan lah belakangan ni atau dalam masa terdekat ni, kira kira sebulan ni lah, aku perhatikan sendiri berbagai reaksi dan respon kawan kawan dan orang lain terhadap cara pemakaian aku sekarang. ya, maksud aku sekarang. sekarang. ingin ditekankan kat sini bahawa entri ini ditulis bukan bertujuan untuk menyemai rasa riak dalam hati. sekadar perkongsian cerita, moga kita dapat iktibar daripadanya. inshaAllah.
hairan, yang memberi respon itu kebanyakannya daripada kalangan Adam. segan juga rasanya, jika diingat balik.
"...wanie, tudung yang hang beli tu boleh dapat kat mana ar? aku nak carikan untuk mak dengan adik aku..."
"...wanie, kat mane nak cari tudung macam ni? sebab haritu aku perasan ko pakai tudung camni..." (sambil bagi link gambar sampel tudung bidang 60 akel)
"...sejak bile lagi ko start pakai tudung macam ni?"
okey, itu sedikit sebanyak daripada kaum lelaki. perasaan terkejut bercampur hairan apabila Lelaki yang tegar bertanya, hati aku tertanya jugak, "Ladies tak ramai yang tanya soalan macam ni. kenapa ea?" tapi kegembiraan tu tak dapat aku nafikan, sebab alhamdulillah, nawaitu guys tu baik, nak hadiahkan untuk mak dan adik perempuan.. :)
tak kurang, respon daripada rakan satu skuad Delta,
"...wanie, aku rase semue ladies kene pakai tudung macam kau lah. issue kan lah tudung tu, hahah."
okey, gurauan. tapi at least, they really care.
even IC kompeni Bravo pun tegur,
"...apesal ladies lain tak pakai macam kau ha. aku nak kau suruh semue ladies Bravo pakai tudung macam kau."
Allah, siapalah aku ni nak menyuruh nyuruh dan paksa diorang pakai macam aku pakai. tak sampai jangkauan kuasa aku, kawan. maaf. aku hanya mampu tunjuk contoh, selanjutnya biar mata dan hati mereka sendiri yang menilai.
ya aku ulang. bertudung labuh tak semestinya baik. tak semestinya alim. tapi aku sedang mencuba. daripada cara dan adab pemakaian yang elok, lahir pandangan pertama yang positif, inshaAllah.
"...subhanallah, manisnya dia bertudung labuh, menutup aurat. mesti dalam hatinya penuh dengan pengisian islamik kan. semoga Allah melindunginya."
ya. memang cantik bertudung labuh, sahabat muslimahku. bukan aku nak perasan cantik, tapi cuba korang tengok sendiri yang pakai labuh labuh, loose dan tak trendy sangat. comel. fesyen tudung balut balut lilit lilit pun boleh laa, cuma kena labuhkan je. kan lebih ayu gitu. kalau singkat tahap pelik pelik bonggol bonggol tu sorry to say lah, mata aku yang melihat ni pun akan menyebabkan hati aku berbisik perkataan "sakai dan selekeh. not my taste." ya. maaf. tapi itu kebenaran.
aku dapat rasakan usaha aku masih kurang dalam memperbaiki diri sendiri, apatah lagi nak menegur rakan rakan. aku hanya buat yang termampu, selagi ada kekuatan aku akan bersuara. jika tidak, blog inilah menjadi medannya. terima kasih sahabat, yang memberi sokongan sebagai kekuatan untuk meneruskan sebegini. terima kasih sahabat, kerana mempertikai peribadi dan personaliti muslimah sepertiku ini, mudah mudahan segala pertikaian itu menjadi dorongan untuk aku terus berubah menjadi lebih baik. tak kisahlah tanggapan buruk atau baik.
tetapi untuk yang terus membutakan mata dan hati, tak ambil peduli, mudah mudahan peluang daripada Allah sentiasa ada untuk diperolehi. semoga Allah mempermudahkan jalan untukmu, sahabatku.
"...kau ni, berbanggelah menjadi seorang muslimah...tau!"
senior lekir. ya, itu pesan beliau pada aku.
semalam. 22032012, 2332H. telefon berdering tanda sms diterima.
"...one more thing, aku suka ar tengok hang pakai tudung labuh. sepanjang aku duduk sini baru tiga orang yang aku nampak pakai macam tu dalam skuad kita."
thanks sahabat. perubahan ini untuk diriku sendiri. untuk redha Allah. untuk jadi penyejuk hati dan penyelamat mak dan abah. untuk syafaat Rasululullah. untuk perubahan bersama.
inshaAllah sahabat, kau pun bakal dapat isteri yang solehah! aku doakan itu. :)
masa akan terus berjalan tanpa henti, dan aku tak akan terkejut jika isu hijab ini disebut sebut lagi. aku bersedia menghadapinya, inshaAllah. kami para muslimah, bersedia mengadapinya.
istiqamah, wanie.
feels like crying after reading this post. :')i wish i can be like you. one day, insyaAllah.
ReplyDeletesorry ya sahabat. aku dah lama tak bukak blog hang so aku baca mana-mana post yang aku dah terlepas. hehe.
huhu takmau nangis takmau nangis..you will be, insyaAllah...
ReplyDeletehehe sokayyy. faham..budak medic kan..mesti busy study. haha :p