-->
"ThisIsHazwani."

Friday, 30 December 2011

ROOM TOUR. (hehe nak jugak)

Assalamualaikum, happy last Friday for 2011. okey hari ni aku rasa teruja nak post pasal bilik aku kat UPNM ni...hee dah tengok blog Nisaa Lee tu lama dah, teringin jugak nak post cumanya tak ada kesempatan..tengok bilik dia cantik ja bleh decorate, lukis, lekat macam macam..tapi kat sini, LAIN. huu mesti boring, tapi takpa, post jugak! jom kita terjah...

blok Pangsapuri Satria, bilik 11-05, anggota seramai enam orang pegawai kadet; empat airforce dan dua army. lima anggota kompeni Delta, seorang kompeni Charlie. keempat empat airforce jurusan Kejuruteraan, dua army jurusan Sains dan Teknologi.


welcome to 11-05 :)

first, kita usya loker pakaian dulu...


okey pengakuan, this is not mine. ni habibah punya loker. loker aku share dengan sorang member lagi, antasha. sepatutnya macam ni lah keadaan loker baju bila tinggalkan bilik. ada layout yang dah ditetapkan. layout, apatu? haa. layout ni lebih kurang susunan baju lah, baju apa yang kena gantung, baju apa yang kena lipat, mana boleh gantung sembarangan loker ni..kalau tak, kena punishment la..
baju kena lipat ukuran 8X10 inci.
baju kena gantung mesti dah siap iron, bahagian hadapan baju menghadap sebelah kanan..

ni barisan loker yang memang perfect tak bleh belah la. hehe.


loker aku paling hujunggg...hehe.

anyway, ruang atas loker tu boleh simpan beg beg balik kampung..tak payah ikut susunan, janji kemas :)

jom bergerak ke rak kasut pulak...jeng jeng jeng...


okayy ni berselerak sikit! hehe dengan plastik plastik atas tu (untuk buang sampah), pastu nampak tak kotak yang ada kain batik tu? hahaa itu kotak simpan kiwi kasut, kain batik tu untuk lapik time kilat kasut atas lantai..dan ni la susunan kasut ikut aras..selipar atas, kasut sukan, lepastu kasut planters (casual). dan almari ni kalau letak kasut sukan yang basah memang boleh pengsan la kalau ambik bau..hehe. so, pandai pandai lah letak freshener..

seterusnya, part paling best, KATIL!!


ni katil aku. huhu.

mandatori, katil wajib stretch sampai melantun duit syiling toing toing, tak boleh ada tompok tompok air liur basi atau lain lain lagi. dan! mesti wajib cadar warna biru. huuu mana boleh pakai yang ada corak bunga bunga kartun kartun. haih. askar oh askar.

dan oh, perasan tak kat bawah tu? jom zoom in..


tengah tu drill boots, dipakai semasa kawad.
tepi yang apit drill tu spike boots, pakai dengan baju loreng dan bila masuk hutan.
dua dua jenis boots wajib shine. tapi aku selalu abaikan ja..huhu :)


ni barisan katil bebudak 11-05. tak ada special cube atau space atau corner, semua satu baris. katil aku keempat dari hadapan. haha nampak tak lurus kan susunan? normal lah tu..


ini meja study aku. wah bersih kan. waktu pagi wajib macam ni. buku takbleh tinggal atas meja, semua taruk atas rak. dan tengoklah atas tu..boleh runtuh bila bila masa. opp, ni sebab aku share rak dengan member aku, syafiqah ea..nak cakap aku ni ulat buku takdalah sangat, bahan rujukan kadang kadang kena banyak...hehe.
oh, takpayah susah susah beli lampu study, dah pasang siap dah, alhamdulillah..
dan suis disediakan untuk cas handphone atau laptop..
laci meja tu aku buat simpan barang mekap aku. haha bedak lotion sikat deodorant segala macam lah. malas nak buka tunjuk sebab nampak messy.


barisan meja study. again, sebaris. empat meja, so kena kongsi dua meja..sharing is caring kan :)

bilik mandi dan bilik dobi pun ada, tapi aku malas nak tunjuk dan rasanya takpayah tengok kot. ehh bersih okey, lantai kering, sinki kosong takda toiletteries, toilet bowl shine macam dalam iklan harpic..hehe. bilik dobi tu faham faham lah, penuh dengan baju baju di ampaian yang digantung dengan hanger..

as conclusion, this is my recent environment. hidup macam tak ceria ja kan, semua plain je. tapi aku tak kisah, asalkan itu perkara yang baik. bersih, kemas dan teratur. kan cara islam tu :) dan alhamdulillah aku bersyukur dapat room mates yang pandai jaga kebersihan dan rajin mengemas. sedikit sebanyak effect aku jadi macam diorang jugak..

...ada yang teringin nak jadikan bilik ni contoh? hehe boleh saja..

peace and love from the 11-05 peeps,


bilik kami perform! hehe. ni masa Standby Bed. rindu nak pakai loreng.

With that, assalamualaikum. time to dress up for dinner and maghrib prayer.


the humble typo : ~hazwani~ at 17:08:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

for abah. dan mak jugak.

Assalamualaikum buddies yang comel :)
Seperti biasa, menjadi kewajipan aku log in akaun facebook setiap kali online untuk mengetahui berita terkini kawan kawan aku tak kira masa sekolah rendah, sekolah menengah, mahupun UPNM.
Ya Allah, apalah jampi si Mark Zuckerberg ni sampai facebook jadi laris, aku pun dah obses on facebook tiap tiap hari.
Moga dijauhkan diri ini daripada perkara yang sia sia. Amin.

...dan malam ni aku on, terlihat dan terbaca status yang di'post'kan oleh sahabat aku sendiri.
sayu hati aku bila baca tulisan dia.
katanya, dia rindu sangat kat arwah ayahnya.
rindu nak berjumpa arwah ayahnya.
mengharap mereka berdua boleh bertemu di dalam mimpi.

dan itu membuatkan aku berhenti dan berfikir sejenak
betapa bertuahnya aku yang masih memiliki seorang abah.
tapi sayang
selama ni aku tak pernah rasa bersyukur dengan kurniaan Allah.
aku banyak buat salah kat abah
aku banyak susahkan abah
sedangkan ramai kawan kawan aku yang telah kehilangan ayah
mereka anak yatim yang mulia
yang dipelihara Allah sentiasa
mereka boleh hidup berdikari
sayangnya, selama ni aku tak pernah sedar
nikmat kesenangan yang Allah bagi kat aku.

abah,
adik pun rindu abah
abah selalu tolong adik macam macam
abah suka buat kelakar, walaupun kadang kadang hambar, hehe
abah selalu belikan adik makanan yan
g best best
abah ajar adik melukis sampai ada orang puji lukisan adik lawa
abah tetap akan cuba cari keperluan adik sampai dapat
abah,
mak cakap mata sepet adik ikut mata abah
dekat sini orang selalu cakap mata adik sepet bila senyum
bila orang cakap macam tu, adik terus teringat kat abah.

adik minta maaf abah
kalau selama adik hidup ni
adik terkasar bahasa dengan abah sampai abah ke
cil hati.
Alhamdulillahi rabbil 'alamin
Ya Allah berjuta kesyukuran kupanjatkan kepadaMu
kerana aku masih diberi kesempatan merasa kasih sayang ibu bapa
berpeluang mencurah bakti kepada mereka
berpeluang meminta restu dan doa mereka
berpeluang memohon maaf andai diri ini menderhaka.

Ya Rahman
tabahkan hati sahabatku yang kurang bernasib baik sepertiku
tiupkan semangat dalam diri mereka
jadikan mereka anak yang soleh dan solehah
yang sentiasa mendoakan kesejahteraan roh bapa mereka di
sana.
lindungi, kasihi mereka Ya Rahim
kerana hanya padaMu tempat mereka bernaung

ShahidaAhmad, AidaZuraini, HasanulBulkiah,
dan mungkin ada lagi sahabat yang aku tak sebutkan di sini
la tahzan, Allah is always with you.
He is The One who protects you guys.
korang semua sangat kuat dan tabah.
aku kagum dengan semangat korang.
semoga aku turut diberi kekuatan yang sama, insyaAllah
andai takdir menentukan tiba masanya.


mak, abah, imissyou :'(

"Ya Allah Ya Tuhan, ampunkan dosa dosa kedua ibu bapa yang menjaga kami dari kecil hingga dewasa."

sayangi kedua ibu bapa kita, jaga hubungan baik dengan mereka.
Assalamualaikum.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:07:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 29 December 2011

be strong, la tahzan, kawan.

Assalamualaikum to all readers, and stalkers yang comel-comel belaka.
Entah kenapa dalam dua tiga hari ni aku banyak terima khabar berita kematian,
mungkin Allah sedang mengingatkan.

Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un.

Takziah kepada rakan skuad Lekiu, Hasanul Bulkiah di atas pemergian ayahanda tersayang. walaupun aku tak kamceng dengan kau, aku tumpang simpati dengan berita sedih ni. siapa yang tak terkilan kan, ayah dah pergi untuk selama-lamanya. tapi aku tau kau cukup kuat dan tabah untuk terima hakikat ni. doakan roh ayah kau aman dan tenteram di sana. dan ingat, apabila matinya seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali TIGA perkara, dan salah satunya ialah doa anak yang soleh. jadi, kau banyakkan berdoa untuk ayah kau ea. jangan sedih, Allah sayangkan ayah kau.

...minta kerjasama semua skuad Lekiu kompeni Alpha, Bravo, Charlie (kompeni hasan) dan Delta yang beragama Islam sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah sahabat kita. InsyaAllah, malam Jumaat ni bacaan tahlil kita buat untuk dihadiahkan kepada arwah.

Al-Fatihah.

be strong, kawan. we will always stand by your side. Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 01:35:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 27 December 2011

yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.

Bismillah. Assalamualaikum kepada si kacak dan si jelita yang sedang membaca entry ni..hehe. entry kali ni tak panjang, ringkas je.

Tahniah, kakakku Nurhizam Hanim Harme,
di atas kelahiran cahaya mata kedua
Fajra Nada Nadifa binti Khairul Aswat.


kangshu with the baby. :)

sorry fajra, mak uda tak sempat nak pegi tengok and dukung fajra...hadiah pun tak prepare :( nanti cuti mak uda pegi ea? comel fajra ni, macam mak uda dia jugak. hehe peace :)

Takziah, sahabatku Nur Antasha Zulkarnain,
di atas pemergian atuk tersayang
Mohd. Yasin bin Salim


*gambar sekadar hiasan*

bersabarlah dengan dugaan yang menimpa, sesungguhnya Allah sedang menguji dan mengingatkan
bahawa ajal kita pula akan menyusul.
tanya diri kita, bersediakah kita menerima jemputan Izrail?
renung-renungkan.

...daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali.
Al-Fatihah.

lagu nasyid ni banyak bagi pengajaran kat aku. mula mula aku dengar memang aku nangis.

Menanti Di Barzakh by FarEast
ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata.

perjalanan rohku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke Mahsyar
diperhitung amalan, penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu, seusai talqin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku, nisan batu menjadi tugu
namun tak siapapun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali oh kembali, kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri, sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari, nafas terhenti, tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selam ini diceritakan, kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

sesuai untuk didengari pada waktu malam, sebelum tidur, sebagai muhasabah diri.

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata. :'(

Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 09:00:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 20 December 2011

okay, this supposed to be short, but...just read it.

assalamualaikum to all beloved readers; the loyal one, the cuteys, the gorgeous one dan macam macam the lagi lah. hehe saja nak ambik hati readers sebenarnya. tak salah kan kalau bergurau cuit hati sikit. sikit je tak banyak...

lately aku bermonolog dan berdebat alone, fikir dan keluarkan macam macam pendapat pasal satu perkara yang nak kata remeh, takdalah remeh. actually it's a random thing that happens in my daily life lah. selalu aku perhatikan la tiap tiap hari. kat UPNM ni alhamdulillah aku berbangga sangat Masjid Al-Jazari dibina, dan subhanallah luasnya boleh memuatkan beratus malah hampir 1000 orang (mengikut agakan aku la) tapi sedihnya aku lihat tak ramai yang mengimarahkan masjid ni.

aku bukan nak bangga cakap aku ni selalu pergi masjid. bukan. aku pergi bila ada kelapangan, takda kelas malam, free time waktu pagi, pandai pandai lah kan spend masa kat masjid. yang aku selalu nampak kadet kadet lelaki boleh tahan ramai yang singgah masjid. they performed sunnah prayers, recite Al-Quran, do some zikr and sometimes they organise the usrah. aku respect lah dorang ni sebab pandai manfaatkan masjid yang disediakan. kalau kita amati betul betul, itu adalah satu pemandangan yang indah kat masjid. bayangkan, tengok dorang baca al-quran je, hati terus jadi tenang, sejuk je rasa..jiwa pun automatik jadi lembut. aku cakap serius, sebab benda ni betul betul jadi kat aku.

tapi sedikit menyedihkan bila aku langkah masuk ruang solat perempuan, aku tak berniat nak mengaibkan atau memalukan sesiapa, tapi terkilan jugak rasanya melihat kaum aku kurang manfaatkan fungsi masjid. ada segelintir yang study, well itu memang bagus lah, tapi ada jugak yang mungkin terlepas pandang atau mungkin tak dimaklumkan mengenai tatacara di masjid. almaklumlah kaum hawa ada 9 bahagian nafsunya, jadi kadang kadang aku kesian jugaklah dekat kawan kawan aku yang nyenyak tidur di masjid, bergelimpangan di sana sini. nak tidur tu boleh, tapi dengan cara dan pada masa yang betul. aku tak marah kalau nak tidur, tapi kan bagus kalau kita capai dulu senaskhah al-quran, baca beberapa potongan ayat, berdoa lepastu tidur sekejap, niat nak istirehat SEKEJAP JE. malaikat suka kalau kita macam ni..kalau tiba masa dicabut nyawa masa tidur, insyaAllah mati dalam beriman kot..satu lagi yang aku selalu tengok, ladies ni tak pandai kawal suara dan bicara bila dalam masjid. Ya Allah bisingnya mengganggu orang lain. aku pun mulut pot pet jugak (kelemahan diri) tapi bila kat masjid, mak aku ajar dari kecil lagi, "JANGAN BUAT BISING, ORANG LAIN NAK SEMBAHYANG." aku yakin ladies kat UPNM ni dah cukup matang untuk fikir dan bertindak yang sewajarnya. jadi aku berharap sangat suatu hari nanti, ladies akan lebih aktif dalam usaha memanfaatkan masjid ni. insyaAllah.

setakat ni alhamdulillah ada jugak segelintir ladies skuad aku yang organise usrah lepas solat maghrib, tapi bilangannya masih boleh ditambah lagi. aku follow bila ada kelapangan, almaklumlah kadang-kadang ada urusan penting tak dapat nak dielakkan..hopefully usaha ni akan bertambah maju lagi, so that kita dapat sama-sama penuhi dada kita dengan ilmu agama dan kerohanian di samping akademik. kan menghadiri majlis ilmu tu lebih baik daripada solat sunat?

things will get better and even better than this, insyaAllah. kawan-kawanku, jom la join usrah ni. tak lama mana pun, 10 minit je. dan untuk berubah, tak perlu terlalu drastik. Allah tahu niat kita. slowly, insyaAllah lama lama Allah bukakan hati kita untuk terima cara yang Islam dah tetapkan. jalannya memang akan berliku, tapi yakinlah kesudahannya nanti sangat indah.

dengan hanya mengingati Allah, jiwa kita menjadi tenang.

Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 21:16:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 16 December 2011

comel lagu ni. :)


serius comel. korang mesti dengar dan nyanyi sama-sama. :)




liriknya :

Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Ya Rabbi bil Mustafa
Balig ma Qaasidana
Waghfir lana ma ma dha
Ya wasi al karami

Demi cinta-Mu ya Allah
Pada Muhammad nabi-Mu
Ampunilah dosaku
Wujudkan harapanku

Ya Rasullallah salamun’alaik
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji
Siapa yang cinta pada nabinya
Pasti bahagia dalam hidup
nya

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku

Kau ajarkan hidup ini untuk saling mengasihi
Ku tanamkan dalam hati, ku amalkan sejak dini

Ya Rasullallah salamun’alaik
Ya Rafi ‘assya ni waddaraji

Engkaulah nabi pembawa cinta
Kau bimbing kami menjuju surga

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku

Yo…. yo…. yo….
If you admitted to love your prophet
If you admitted to miss your prophet
If you really love the prophet Muhammad
Make a proof, make a proof, make a proof

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepadamu Muhammadku

Muhammadku Muhammadku dengarlah seruanku
Aku rindu aku rindu kepa
damu Muhammadku

Kau yang mengaku cinta kepada nabimu
Kau yang mengaku merindukan nabimu
Jika kau benar-benar cinta dan rindu kepada Muhammad nabimu
Buktikan
Taati perintah-Nya, tinggalkan larangan-Nya
Teladani akhlaknya
Niscaya kelak kau akan berjumpa dengan Rasullallah
Niscaya kelak kau akan berkumpul dengan Rasullallah

comel kan kanak-kanak tu..huu kalau kita rindu Rasulullah, nyanyi lagu ni oke..di samping berselawat kepada Baginda..dapat pahala berlipat ganda, insyaAllah.

rindu tu satu penantian yang sangat indah bagi seorang yang berhati nurani. :)


the humble typo : ~hazwani~ at 22:43:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

jom rileks sekejap.

Assalamualaikum readers yang disayangi. hihi okey entry ni aku sekadar copy paste je, untuk bacaan suka-suki. takpayah ambik serius sangat, kita rehatkan otak kita yea...agak panjang, tapi best baca. tapi first of all, cuba korang tengok tarikh lahir korang mewakili nombor berapa...
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

memandangkan aku lahir 10hb, jadi aku pegang nombor 1 lah..sekarang, jom tengok!
no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, dan 6.

haha. actually takdelah betul sangat pasal nombor 1 tu..profesional dalam kerjaya? insyaAllah harap-harap macam tu lah..dan alhamdulillah keluarga aku memang bahagia. :) cerdik lucu rajin degil tu no komen lah, tapi cemburu tu tak betul kot. terus terang pun tak jugak. peramah, tak jugak..berdikari, ya kot..
berkahwin pada usia yang matang? insyaAllah...kalau sampai jodoh :)
kuat belanja? hmm tak kot..haha.

pasangan ideal (boleh pecaye ke nih) aku adalah orang yang mewakili nombor 4, 6 dan 8.wahaha macam kelakar je bunyi kan? sape sape yang terkena nombor nombor tersebut, haa ni lah pasangan ideal korang. wakaka! jangan percaya sangat laa. suka suka ja okey...

harap korang semua enjoy dan happy! Assalamualaikum :)


the humble typo : ~hazwani~ at 21:29:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 December 2011

domo-kun oh domo-kun..

First of, assalamualaikum. dan ya, satu kewajipan untuk anda menjawabnya. baru aku saayang :) haha. what's up? dah lama tak update blog yang tak berapa glamour nih. pembaca setia yang sorang tu asyik tanya je "bile nak update blog? bosan la." wakaka. haa, ni aku post entry baru la nih. nak kate blog aku best, tak berape pun. ko bace jela ea.

today i'm talking about an icon yang sekarang ni aku agak suka nak mengumpul. yah, aku ketinggalan zaman bab bab ni. tapi aku takde lah fanatik sangat sampai every single thing mesti ada icon brownish tu. just suka tengok je. it's called DOMO-KUN.

sejarah asal usul kewujudan domo ni aku tak berapa nak tahu la, malas nak buat research. tapi selalu aku jalan jalan kat shopping mall mana mana pun mesti ada punya benda gigi tajam ni. sampai satu hari tu aku outing dengan member best UPNM aku Ida, dan aku terjumpa satu beg simpan duit comelll sangat dan aku terus beli.


ni dia...haha. pouch domo ni dah banyak tolong aku secure lesen, BAT C 10, kad bank dan macam macam lagi...aku gi mana mana pun mesti bawak domo ni. sampaikan ada orang panggil aku "Domo". takpelah domo comel. kahkahkah.


ni pulak pencil case domo...haha aku beli sendiri sebab geram sangat tengok display kat kedai S+J tu...huu nak tunggu orang kasi hadiah jangan mimpi lah kan :)

sekor lagi domo, kawan aku bagi sempena birthday aku..thanks a lot :') huhu tau tau je kan aku minat domo. kat mana dia beli, aku pun taktau tapi comel sangat, kecil tapi cute :) yelah kalau besar sangat kat mana laa aku nak secure nanti..haha kan logik jugak tu.

dan inilah ketiga tiga ekor domo yang terkumpul setakat ni.


dari kiri : pouch, teddy domo dan pencil case.

kakak aku pun hairan apasal laa aku ni suka sangat dengan domo ni. entah, sebab dia kaler brown kot..dengan gigi tajam tajam tu aku suka imagine domo sebut perkataan ni :

RAWRR!!

haha. kakak aku layan angry bird merah, tak comel. kakaka. domo lagi kiut. RAWR! lepasni nak kumpul apa pulak ea. beg? keychain? phone case? entah la. tengok lah kalau ada duit lebih...

till then, assalamualaikum!

the humble typo : ~hazwani~ at 18:09:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 8 December 2011

nasihat untuk diri sendiri.

assalamualaikum readers yang disayangi. okay this entry is informal.

sejak dua tiga minggu ni, aku asyik layan lagu kat walkman aku, and playlist selalu main lagu ni banyak kali. mula mula aku dengar sekadar halwa telinga saja, tapi bila dah banyak kali ulang aku dengar plak bait bait lirik lagu tu. memang bagus untuk dijadikan nasihat untuk diri aku lah. dan maybe untuk readers jugak.

lagu diberi tajuk "Kehidupan". by InTeam feat Nazrey Raihan

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan

Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan

Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah

Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya?
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

lagu ni remind aku supaya jangan terlalu leka dengan keselesaan yang dimiliki sebab semua tu cuma sementara. yela, dulu dulu aku selalu happy sampai tak ingat Allah, tak bersyukur, apa la aku ni -.-' Alhamdulillah bila dah dengar lagu ni, minda terbuka sikit nak berfikir, rupa rupanya kita kena sentiasa bersederhana dalam semua perkara. or in simple words, keep myself humble. SECURE. haha :D

selain itu, aku realized, kita kena selalu yakin Allah dah janjikan something better untuk kita bila kita sabar kena uji...ya, nikmat kurniaan Tuhan itu sangat indah. even bila kita dapat nikmat tu, tak mustahil air mata kesyukuran akan mengalir, sebab hati rasa tenang sangat sangat. rindunya saat tu.

Be strong wanie !


the humble typo : ~hazwani~ at 01:33:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 7 December 2011

ya ikhwana.

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua.

Kawan. eventhough aku (self-opinion) ni selalu menyendiri, tapi ramai orang tak tahu yang aku ni someone yang betul betul mengutamakan persahabatan. aku tak kisah macam mana jahat sekalipun kawan pernah buat kat aku, well, memang laa aku terkilan kan tapi sekejap je, aku still consider dia kawan aku. eh apa aku melalut ni macam syok sendiri ja kan. hahaa apa apalah wanie...

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat

Tengah tengah malam di kala room mates aku tidur ni, prime time lah bagi aku nak muhasabah diri..hoho dan aku terfikir sejenak (pergh ayat sasterawan) kebelakangan ni Alhamdulillah semakin bertambah kenalan aku, semua mesra mesra. Especially bebudak satu kos dengan aku, ScTech. eventhough lain kelas, tapi kami semua kamceng macam member lama. kelakar pulak kan.

yang buat aku terharu, ada sorang kawan yang sebelum ni aku tak pernah bertegur, almaklumlah lain kompeni dan kelas. tapi dalam diam dia tahu perangai aku macam mana. alkisah satu hari dia tegur aku (kebetulan nama dia dan aku hampir sama) dan story sikit hal senior jiran rumah aku, tuan amin. haha sekali kena pick up kan, tuan amin suruh dia roger aku, cakap *blablabla* (hal kecik je) dan mintak tolong dia observe aku, takut takut aku buat benda tak elok kan. dalam hati aku impress jugak dia ni ada masa nak stalk aku. okey takdalah stalk sangat, amik tahu sikit je kan. and memang terkejut bila dia keluarkan statement (bunyinya lebih kurang)

"aku cakap kat tuan, ko tak buat mende couple couple ni, tapi aku selalu nampak ko gi memane pun ko jalan sorang sorang. yang tu je aku pelik pasal ko."

...serius, dia 1st person yang cakap straight macam tu kat aku. orang lain tak nampak, tapi dia nampak.

:')

...start hari tu, aku dah boleh borak borak dengan dia macam member sekelas. Ya Allah, betapa ikhlas dan lembutnya hatiku ini mudah menerima seseorang seadanya, tetapi dalam masa yang sama, ku akui aku wanita yang lemah yang mungkin tersilap percaturan dan aku takut hati yang lembut ini terluka dan bersedih lagi. Oleh itu, bimbinglah aku dalam usaha memperteguh keimanan, supaya rasa kasih dan sayangku yang tertinggi hanya kepadaMu. amin.

terharunya aku bila ada kawan yang memahami walaupun sedikit. ya, aku independent. aku admit susahnya aku nak cari member sekepala dengan aku kat sini, sebab perangai aku tak ngam dengan sesapa pun. salah diri sendiri jugak wanie...so that's why aku suka berkawan ramai, hikmahnya suatu hari nanti bila aku susah, aku boleh refer kat sesapa pun. dan dalam masa yang sama, aku boleh menilai karakter diorang, dan lepastu aku boleh bezakan yang mana satu teman ketawa dan yang mana satu teman menangis.

Alhamdulillah, aku dikurniakan kawan kawan yang baik baik belaka, yang sudi dan ikhlas berkawan dengan aku seadanya. walaupun kepala aku kadang kadang agak gila gila, you accept the real me. tak kisah aku tak cantik, aku tak pandai, aku bukan hotstuff dan aku low profile, korang tetap kawan dengan aku. terharunya :( lebih touching bila korang sanggup tolong aku time aku susah. korang tolong ajar aku subjek subjek yang aku lemah, korang tolong nasihatkan aku bila aku buat salah, korang ringankan beban aku buat kerja kerja yang complicated, korang tolong carikan barang aku yang hilang, dan korang paling banyak tolong naikkan semangat aku untuk teruskan hidup dengan tenang dan tabah.

you are the most important persons in my life here, because i'm alone here, helpless without mum and dad by my side.

Semoga Allah memberi perlindungan kepada kawan kawan aku, agar sentiasa terselamat daripada hasutan syaitan dan azab api neraka. Ya Allah, hati ini mengasihi sahabat-sahabatku yang setia menemani diriku di kala sunyi, yang menceriakan di kala hatiku mendung, dan yang memberi inspirasi sepanjang perjuangan menempuh hidup. Andainya aku ditakdirkan menghela nafas terakhir Ya Rahman, aku mengharapkan pemergianku diiringi doa oleh mereka, dan begitu juga sebaliknya, aku mendoakan kesejahteraan mereka. Berkati persahabatan kami ini, permudahkan misi perjuangan kami bersahabat di jalanMu. Sesungguhnya kami benar benar ingin merasai kemanisannya. Betapa aku merindui saat saat tibanya detik itu. Amin.

Kawan kawan, aku sayang korang. :)
Assalamualaikum.

the humble typo : ~hazwani~ at 00:50:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 4 December 2011

satu dalam sejuta.

Assalamualaikum, hello everyone this is Hazwani and you're watching *ThisIsHazwani*~ (ceh bajet Maria Elena, hahaa.)

today i don't feel like telling about my life, belum ada mood lagi nak susun cerita, wakaka. i can just say semalam adalah malam yang memenatkan gara gara ladies' night yang meriah dalam kehambaran~ seronok tu seronok sebab performance team aku gempak, cuma yang bengangnya time last nak balik kem la. penat~~~ *zero energy*

antara readers ni kan, ada yang minat Ne-Yo tak? aku suka kot suara dia. huhuu. dan salah satu lagu yang aku sangat layan dan aku selalu replay kat walkman aku ialah One In A Million. liriknya macam best la, mamat ni betul betul appreciate girlfie dia eventhough ramai lagi ladies kat dunia ni...hehe touching jugak la ayat ayat dia dalam lirik tu. tapi ni dalam konteks girl tu memang ada pakej unik la..independent, buat kerja semua menjadi, i mean, natural tapi unik. bahagianya kalau guys hargai girl masing masing macam tu. tapi sekarang aku admit SUSAH nak cari. hmmm taknak cakap banyakla, layan dan hayati jelah liriknya (m
usic lagu ni buat aku nak menari weee~)

One In A Million (Ne-Yo)
Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone

All the girls I've been with

Things I've seen it takes much to impress

But sure enough your glow it makes your soul stand out from all the rest, baby.

(chorus)

I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)

Baby one thing is for certain

Whatever you do is working
Other girls don't matter In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you
're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had

Best I ever had
And I'm certain that

There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about the loot
Talking about I can't do for you
But you can do for yourself

Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it

All we do is win baby


(repeat chorus)

Diamond girl,
Only one in the world,

Just one of a kind,

She mine.

Ooh all that I can think about is what this thing could be

A future baby
Baby you're one of a kind

That means that you're the only one for me

Only one for me


Baby (girl) you're so one in a million
You are

Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that

There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

Girl you're so one in a million

You are

Baby you're the best I ever had

Best I ever had
And I'm certain that

There ain't nothing better
No there ain't nothing better t
han this

angan-angan : will my husband sing me this song after we get married someday? haha stop it, it's nonsense. okay enough for this time, nanti aku post lagi yea, insyaAllah..till then, Assalamualaikum dan selamat pagi :) jom kita outing kejap!


gambar neyo seround. tall and dark. agak agak macam sapa? *wink haha*

the humble typo : ~hazwani~ at 08:44:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 1 December 2011

it's fun to remember my previous job.

Satu Disember. Assalamualaikum semua pembaca yang setia. (especially AB, haha) okey petang satu disember ni mungkin petang yang dirahmati, sebab hujan turun tanpa berhenti. Alhamdulillah rasa nyaman je Sungai Besi ni. oleh sebab mood aku baik untuk menulis entry, harini aku nak alkisah kat korang pasal kerja yang aku buat lepas SPM. huhu. well memang aku agak lambat nak cerita, dulu dulu tak keluar idea pun nak cerita, tiba tiba ja petang ni dapat ilham. huhu. so, let's begin.

dulu dulu kan sebelum dapat result SPM, aku sibuk amik lesen moto ngan kereta. makan masa TIGA BULAN jugak lah, sebab aku ni lampi sikit bab bawak moto...haha. tapi sekarang alhamdulillah dah cekap sikit. lepas tu dah dapat result, ada lagi sisa cuti dalam sebulan setengah. takkan nak duduk rumah bela badan ja kot kan..aku belajar masak sikit sikit, tapi sekarang dah tak berapa ingat sebab dah jarang masak. (haii lambat lagi la hang nak kawin wanie oii) aku pun cer cari la kerja..mula mula ingat nak jadi promoter kat tesco tapi macam jauh ja dari rumah. menyusahkan la pulak nak kena bayar duit minyak kan. aku bersyukur sangat sangatlah kepada bestie aku, Shahira sebab akhirnya dia mem'promote' aku kerja sekali dengan dia..huhu senang sikit kan. dan di situ bermula lah,

kerjayaku sebagai...err..tukang timbang sayur. HAHA LAWAK KAN.

ya, ni lah kerja aku. aku kerja kat mini market ni, namanya SK Fresh and Frozen Food. kat situ ada dry market dan wet market. memang macam macam barang lah jual kat situ, ramai orang selalu datang, especially waktu pagi..kerja aku, timbang sayur yang orang beli sebelum bayar. mula mula susah jugak sebab kena hafal kod kod kat mesin timbang tu...setiap jenis sayur ada kod masing masing. rasa macam nak menangis je bila ramai orang dah beratur tapi aku still terhegeh hegeh cari kod tu..haha aku kan lampi sikit. tapi alhamdulillah dalam seminggu kerja tu aku dah boleh buat kerja cepat. sebab asyik timbang sayur yang sama kan. selalu orang beli cili merah, cabai melaka, kacang panjang...so takda masalah sangat. hehe.

ni gambau aku dengan ra masa tengah free time. masa tu dah habis waktu kerja dah..so sementara petang masih ada, ambik gambau kenangan dulu...haha.


baju kuning tu lebih kurang uniform lah. hehe pakai selang sehari.

selain timbang sayur, aku jugak ditugaskan untuk potong sayur dan packing. sayur yang aku selalu potong kobis, kobis panjang, bunga kobis, labu...haa mula mula tu azab lah sebab aku ni lemah sikit. pegang pisau pun macam takut je, yelah pisau besar..kobis tu pun besar besar, kudrat aku tak cukup untuk potong sayur macam tu...tapi lama lama kerja dah biasa, tangan aku pun dah timbul urat hijau dah. wahaha.


ni mesin timbang tu. tiap tiap hari aku dating dengan beliau. haha.


sayur kobis yang menjadi mangsa. haha kadang kadang banyak cacing.


ra tengah buat kerja.. :)

tu serba sedikit cerita tentang kerja aku. well aku sempat kerja sebulan saja, aku cuti seminggu sebab kena hadir interview UPNM. lepastu aku terpaksa buat overtime..kerja kat sini sebenarnya enam hari seminggu, cuti aku hari rabu sahaja...huhu gaji alhamdulillah memuaskan RM600 cukup untuk aku spend for barang barang masuk UPNM. hehe.

okey, harap korang enjoy cerita aku. kalau nak tahu lebih detail, comment atau post kat shoutbox okey...aku sedia kongsi cerita :)

it's time for maghrib prayer and tahlil. jom, Assalamualaikum :)


the humble typo : ~hazwani~ at 18:08:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*

Nurhazwani Hikmah binti Harme
hargailah nama yang diberi mak dan abah
tahukah kau betapa mendalamnya maksud nama itu?
cahaya. pemberianku. bijaksana.
hazwani, it's my commonly used name.

hazwani. "my gift".
bila diseru namaku "hazwani!"
maksudnya mereka mengatakan "my gift!".
bersyukurlah sang hati
dirimu merupakan hadiah buat mereka.
oleh itu mengertilah di sebalik namamu
tatkala kau menceriakan hari seseorang,
pabila kau meringankan beban seseorang,
dan di kala kau melakukan seribu satu jenis kebaikan kepada sesorang,
kau adalah hadiah yang paling istimewa buat mereka.
meskipun mereka tidak menyedari.

tak perlu risau ya hazwani,
jika dirimu sentiasa keseorangan
ingatlah Yang Esa sentiasa ada.
menemanimu setia sepanjang masa.
titiskan airmatamu tanpa segan silu hanya kepadaNya
tatkala terasa sunyi
zikir, selawat dan Al-Quran jadikan penyeri
sesungguhnya itulah cinta yang paling suci

jangan bersedih ya hazwani
pabila merasakan diri tiada tempat meluahkan isi hati
bersabarlah
Allah tahu segala perihal peribadi.

di sebalik namamu terselit perkataan "hikmah"
(aku lebih suka orang panggil aku hikmah)
berbanggalah
kerana namamu merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah
salah satu perkataan yang banyak disebut dalam kitab suci
fahamilah
nama itu ibarat harapan yang masih bersisa
di kala dirimu ditimpa dugaan
nama itulah yang menjadi benteng semangatmu
dan juga untuk memujuk sahabatmu
ayat lazim diungkapi, "sabarlah, pasti ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku."

sebagai empunya nama itu, ya hikmah,
kau harus lebih kuat berbanding mereka
buktikan bahawa kau seorang wanita yang teguh hatinya
lemah lembut budi bicaranya
sabar sifatnya
tenang jiwanya
dan berdikari senantiasa.

tak perlu menangis hazwani hikmah
jika hatimu disakiti seseorang
sebaliknya senyumlah
sembunyikan segalanya
maafkan kesilapan mereka.
itulah hikmah berlapang dada.

tak perlu berharap pada yang tak sudi
ikhlaskan hatimu di dalam persahabatan
tak perlu mengharap balasan kebaikan
kerana Allah awal awal lagi dah janjikan ganjaran

terselit makna "mutiara" dalam namamu Wani
oleh itu contohilah
sebutir mutiara yang terhasil di dasar lautan
diambil manusia begitu sahaja
namun sedarlah
mutiara yang putih suci itu tersangat berharga dan bernilai
maka jadilah sepertinya.

la tahzan, ya hazwani. Allah really cares.



the humble typo : ~hazwani~ at 01:24:00 2 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

sorry.

Assalamualaikum. tak jawab dosee, kalau jawab SAYANG :)

sorry guys for being in silent recently, dah lama tak update blog yang berhabuk habuk ni. takda bahan untuk di-updatekan. entry kali ni pun macam kering idea ja..okey stop. apa apa pun misi mesti diteruskan. hari ni aku nak cakap pasal..ntah. aku pun tak tau.

kenapa ntah kebelakangan ni jiwa aku rasa kosong. macam tak ada apa apa rasa pun. orang marah aku buat muka kering ja. orang menangis pun aku buat muka cool ja. alamak aku ni takda perasaan ka? aku tau satu hari tu aku ada tulis pasal benda yang agak sensitif bagi sesetengah pihak sampaikan mereka berkecil hati. jahat sangat ka wanie ni..ish ish ish berubah la! okey tengah marah diri sendiri. hmm. walaubagaimanapun aku say sorry dari jauh la kawan, kau taknak aku contact kau lagi kan. so sorry dalam hati lah. aku tau kau mungkin takkan forgive me sampai bila bila. and i won't regret that. bukan berlaku ego, aku rasa tak perlu nak pujuk rayu kau sampai melutut meraung raung whatsoever macam orang hilang akal. insyaAllah iman aku cukup untuk tahan semua dugaan ni. kau taknak maafkan, biarlah. aku sabar je. aku tau kau mesti terkilan gila gila kan aku cakap macam tu. memang intention aku pun buat kau sakit hati, so that kau akan terus benci aku dan oleh itu aku takkan wujud dalam hidup kau lagi. biarlah kau happy ja dengan dia okey. aku pun taknak kacau. masa kau mesej aku, sumpah aku rasa bebal sangat nak reply. means, aku dah tak mengharap apa apa dah daripada kau. and thanks sebab faham, no second chance for you. takmau takmau. couple couple ni bukan style aku dah sekarang. bagi aku kalau nak kawan, kawan. kalau suka, diam. sabar dulu, nak kejar untuk apa? bukan boleh instantly kawin pun. kalau bukan milik kita, terima dengan redha. sebab?

Allah pasti dah sediakan jodoh yang lebih baik untuk kita. ingat tak kisah cinta saidina ali dengan fatimah? sweet kan? tu la kemanisan cinta dalam diam.

orang melayu sekarang yang kita tau cuma COUPLE COUPLE COUPLE. nak berkawan akrab tu tak salah selagi tak langgar hukum. yang kita tengok sekarang pegang pegang tangan tu macam benda normal kan, padahal Islam cakap haram. dunia oh dunia. sama sama lah kita ambil iktibar. kesian la kat Baginda SAW, masa sedang nazak, baginda Nabi still ingat kat kita. tapi kita?

Ya Allah, begitu lemah dan tak berdayanya hambaMu ini.

eh, by the way, apa main point aku tulis entry ni? hmm anggaplah aku talk randomly okey..dah lari topik tu, layan jela ea..alang alang dah ada masa tulis entry ni. hehe.

sambung. actually aku bukan bermaksud nak bersikap prejudis terhadap kawan kawan aku yang berstatus "in a relationship".jangan fikir macam tu kawan, aku cuma nak pesan (untuk diri sendiri jugak) jaga batasan adab dan syariat. aku pun kadang kadang mungkin agak over dalam bergaul ni, mungkin aku agak sosial (maaf kalau aku kecilkan hati kau dengan perangai aku, AB) tapi biarlah nawaitu ni cuma nak berkawan. jujur aku cakap, bersahabat biar ikhlas, nanti kita akan rasa betapa nikmatnya berkawan dengan cara yang diberkati, insyaAllah. simpan dulu perasaan suka tu, cerita kat Allah dalam doa, Allah kan Maha Mendengar. ada rezeki, jangan risau akan jadi milik kita juga. sabar, itu adalah kunci kepada keteguhan iman. jadi, sama sama lah kita bersabar ea.

aku tertarik dengan petikan ni, aku grab daripada member aku kat fb'
Untuk apa kita mengharap pada seseorang yang tidak tahu mengharap kepada Tuhan?"

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan kelua...rgaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)

Betapa manusia mengharap cinta daripada kekasih, sifat raja' (harap) itu lebih utama kepada Allah S.W.T.

Betapa manusia berusaha memenangi cinta insani, cinta daripada Allah S.W.T itu lebih utama untuk diraih.

Itulah cinta hakiki yang kita dambakan.
jadi, renung renungkan lah apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. semoga dilimpahkan rezeki dan mendapat khabar berita yang baik baik saja. amin.

tidur jangan lupa gosok gigi, wuduk, baca doa dan ingat mak abah. (rindu sangat kat mak :( )

Assalamualaikum. thanks for spending your time reading this humble entry.


the humble typo : ~hazwani~ at 00:01:00 0 3107 love to smile :)
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

transformasi menjadi muslimah sejati, memerlukan tiga elemen : pengorbanan, keberanian, istiqamah. pada ukhti yang masih dalam proses ini, teruskan perjuangan. man jadda wa jada.

Yang comel comel :)

orang yang sweet tengah rajin membaca. :)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  Nov (1)
  • ►  2012 (18)
    • ►  Sept (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (1)
    • ►  Mar (6)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (5)
  • ▼  2011 (49)
    • ▼  Dec (14)
      • ROOM TOUR. (hehe nak jugak)
      • for abah. dan mak jugak.
      • be strong, la tahzan, kawan.
      • yang hadir silih berganti, yang pergi takkan kembali.
      • okay, this supposed to be short, but...just read it.
      • comel lagu ni. :)
      • jom rileks sekejap.
      • domo-kun oh domo-kun..
      • nasihat untuk diri sendiri.
      • ya ikhwana.
      • satu dalam sejuta.
      • it's fun to remember my previous job.
      • pujuk diri sendiri. *takpayahbacapuntakpa*
      • sorry.
    • ►  Nov (2)
    • ►  Oct (9)
    • ►  Sept (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  May (5)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Mar (13)

Thanks, readers. And stalkers, too. :). Theme images by merrymoonmary. Powered by Blogger.